29 okt 2009

•Oktober 29, 2009 • Tinggalkan Komen

lpas courses sbulan…start training hari ni…huhuhuhu….puyalah aq boring…xtau nak buat apa….
bos = razlan…2nd is hj
3rd is fairuz…..
so bored

Teori Awal Kedatangan Orang Melayu dan Kemasukan Agama Islam ke Sarawak

•Mei 23, 2009 • Tinggalkan Komen

 Sebelum orang Barat mengenali Pulau Borneo (Kalimantan) pada abad ke-16, kerajaan Brunei telah lama wujud dan keseluruhan wilayah Kalimantan diletakan di bawah pemerintahannya. Perkataan ‘Borneo’ diambil daripada ejaan Barat bagi perkataan ‘Brunei’. Sarawak merupakan salah satu daripada kawasan jajahan Brunei di Kalimantan. Brunei pada pertengahan abad ke-16 dikenali sebagai sebuah pusat perdagangan bebas yang terkenal di kepulauan Melayu sebelum kewujudan Melaka. Tradisi sejarah Brunei asalnya adalah merujuk kepada kerajaan Johor atau kesultanan Riau-Johor yang telah memainkan peranan penting dalam mengislamkan Brunei sebelum menerima pengaruh Portugis pada tahun 1511, menakluki Melaka.

            Sebelum kedatangan James Brooke ke Sarawak, kawasan dan bentuk topografinya tidak mendapat perhatian daripada para pengembara Barat. Hanya pada tahun 1530, seorang pengembara portugis, Gonsavo Periera telah menyebutkan tentang sebuah tempat yang diberi nama ‘Cerava’ yang sangat penting sebagai pelabuhan dan menjadi kediaman utama kepada pedagang-pedagang kaya. Justeru, Santubong yang terletak di muara sungai Sarawak telah menjadi sebuah pusat perdagangan yang menjalinkan hubungan perdagangan dua hala dengan India dan China lewat abad ke-7 Masihi. Terdapat sesetengah sarjana yang percaya bahawa hubungan ini bermula sejak awal abad ke-7. Eksport utama dari Santubong adalah emas, lantas pada abad ke-10 dan ke-11, kedudukan Santubong sebagai pelabuhan semakin berkembang maju dan negeri-negeri di sekelilingnya menjadikan Santubong sebagai pelabuhan untuk menyalurkan barangan dagangan masing-masing.[i]

            Walaupun, masih kekurangan maklumat tentang sejarah Sarawak sebelum abad ke-19, perbincangan mengenai sejarah awal kedatangan orang Melayu adalah berteraskan kepada teori-teori yang dikemukakan oleh para sarjana, penemuan arkeologi dan tumpuan terhadap kesultanan Brunei kerana Sarawak merupakan tanah jajahan Brunei. Begitu juga soal mengenai kemasukan Islam ke Sarawak. Teori-teori yang dikemukakan para sarjana menjadi asas perbincangan iaitu bilakah Brunei memeluk agama Islam maka, akan dapat ditentukan tempoh masa Islam mula bertapak di Sarawak.

            Dari perspektif arkeologi, para ahli arkeologi telah membuat galicari di beberapa buah tapak di kawasan nusantara. Di antara tapak galicari yang menjadi tumpuan arkeologis termasuklah Gua Niah, Sarawak. Melalui ujian karbon yang digunakan, dapat mengesan usia dan umur sesuatu benda telah dijalankan ke atas kerangka-kerangka purba yang ditemui di Gua Niah. Berdasarkan keputusan ujian itu, para ahli arkeologi telah merumuskan bahawa orang Melayu telah mendiami kawasan itu sejak 30,000 tahun dahulu iaitu sejak zaman mesolitik lagi[ii]. Penemuan ini telah membuktikan bahawa Gua Niah yang terletak di Daerah Subis, merupakan tempat pertama didiami oleh orang Melayu dan faktor penarikan awal kedatangan orang Melayu di Sarawak. Bukti-bukti yang berusia lebih kurang 40,000 tahun ini menunjukkan bahawa sudah ada penempatan awal manusia sejak sekian lama.

            Teori Melayu Proto berasal dari Yunnan disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar. Melayu Proto (Melayu asli) yang pertama sekali datang mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian sementara golongan kedua, Melayu Deutro yang tiba sekitar tahun 1500 S.M dan mendiami pesisir pantai mempunyai kemahiran menangkap ikan yang tinggi. Semasa berlakunya migrasi itu, kedua-dua golongan berkahwin dengan masyarakat-masyarakat dari pulau-pulau selatan seperti Jawa, serta penduduk tempatan yang berasal dari keturunan Australasia dan Negrito. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa pihak yang tidak mempersetujui teori ini. Antara bukti-bukti lain yang menyokong teori ini termasuklah alatan-alatan batu yang dijumpai di Kepulauan Melayu sama dengan alatan-alatan dari Asia Tengah. Persamaan adat resam Melayu dan Assam. Bahasa Melayu dan bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal orang-orang Kemboja berasal dari sumber Sungai Mekong[iii].

            Menurut Heine-Geildern, orang Melayu datang dari daerah Asia Tengah atau Yunan. Mereka telah turun dalam bentuk penghijrahan atau dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia merentasi banjaran gunung dan jambatan tanah ke daerah nusantara kira-kira pada 5000 tahun sebelum masihi[iv]. Gelombang pertama kedatangan orang Melayu iaitu ‘Melayu Proto’ yang dikenali sebagai golongan pendatang pertama yang tinggal di dalam gua-gua, gunung ganang, pendalaman atau daratan. Melayu pertama ini merupakan orang asli yang masih terdapat di negara kita pada masa kini seperti kaum Semai, Temuan dan Jakun. Manakala, menurut beliau lagi, pendatang yang kedua dikenali sebagai ‘Melayu Deutro’ yang tinggal di kawasan pesisir. Gelombang kedua ini mempunyai ketamadunan dan kebudayaan yang lebih tinggi. Golongan ini merupakan orang Melayu moden masa kini.

            Seorang lagi ahli arkeologi Barat iaitu Peter Bellwood yang bersetuju tentang kedatangan awal dan arah penghijrahan orang Melayu dari Asia Tengah ke kawasan-kawasan yang kemudiannya menjadi wilayah budaya Melayu. Beliau berpendapat bahawa penghijrahan yang berlaku secara beberapa gelombang manusia yang berlaku pada 5000, 3000 dan 1500 tahun sebelum masihi[v]. Penghijrahan pertama telah membawa gelombang pertama ke arah Taiwan. Ketamadunan orang Melayu yang berhijrah ke Taiwan mulai meningkat dengan peredaran masa dan zaman. Mereka telah mempunyai kemajuan dalam bidang pembinaan kenderaan-kenderaan laut. Lantaran itu, keadaan ini telah membawa mereka untuk berhijrah dari sebelah timur ke sebelah selatan dengan berdayung ke kepulauan Filipina. Ada di kalangan mereka yang tersasar ke daerah Kepulauan Pasifik dan Kepulauan Jawa. Namun, penghijrahan kemudiannya telah membawa orang Melayu ke Kepulauan Borneo serta ke sebelah utara tanah Melayu.

            Teori penyebaran agama Islam di gugusan kepulauan Melayu mengutamakan perdagangan sebagai faktor penting dalam proses asimilisasi negara-negara di Asia Tenggara. Walaupun, para sarjana pada umumnya berpendapat bahawa pedagang-pedagang Arab yang mula-mula sekali membawa Islam ke kawasan Timur sekaligus mengukuhkan lagi bukti bahawa proses penyebaran agama Islam selanjutnya yang memainkan peranan utama adalah pedagang-pedagang peribumi sendiri. Dua pelabuhan di gugusan Kepulauan Melayu yang terkemuka dari abad ke-15 hingga ke-17 ialah Melaka dan Acheh. Hubungan kedua-dua pelabuhan adalah sangat erat dengan Kalimantan. Di Kalimantan, pelabuhan yang utama iaitu Brunei. Namun, hubungan perdagangan awal telah pun wujud antara China dan Kepulauan Melayu. Kehadiran pedagang-pedagang Cina di Brunei (disebut sebagai Po-ni atau Bo-ni) pada zaman sung (T.M. 960-1279) terbukti kerana terjumpa batu nisan di Rangas, Bandar Seri Begawan[vi].

            Kalimantan juga terdedah kepada pengaruh dari tempat-tempat lain seperti Sulu dan Jawa. Kedua-dua tempat ini telah menerima pengaruh Islam pada abad ke-15. Tetapi, memandangkan terdapatnya pedagang Cina yang datang ke Nanyang yang beragama islam dan kedatangan rombongan Cina pada zaman Maharaja Yung Lo yang dipimpin oleh Laksamana Cheng Ho[vii]. Beliau yang sudah sinonim dalam sejarah ketamadunan Melayu yang merupakan seorang Islam telah banyak memberikan kesan terhadap negara-negara di kepulauan Melayu. Kedaan ini telah memperlihatkan betapa China memainkan peranan penting dalam menyebarkan agama Islam di rantau nusantara sehingga ke Kepulauan Borneo khususnya Sarawak.

            Proses pengislaman di Kepulauan Borneo lebih tepat lagi Sarawak sememangnya kompleks. Sarawak pada ketika itu di bawah pengaruh kesultanan Brunei. Ruang lingkup perbicaraan dilihat pada bilakah pemerintah Brunei mula-mula memeluk agama islam. Mengikut tradisi Kesultanan Brunei diasaskan pada kitab yang dikenali sebagai Salasilah atau Tarsilah. Seperti Sejarah Melayu terdapat beberapa versi kitab itu. Menurut tradisi Brunei, pemerintah pertama yang memeluk agama Islam bernama Awang Alak Betatar. Dengan itu baginda menggunakan gelaran Sultan Muhammad. Baginda memeluk agama Islam selepas lawatannya ke Johor dan perkahwinannya dengan Puteri Johor.

            Sama seperti teks-teks Melayu Klasik di Tanah Melayu, Tarsilah tidak mempunyai tarikh yang tepat. Terdapat sesetengah sarjana yang mengatakan pemerintahan Sultan Muhammad dikatakan bermula pada awal abad ke-15. Walaubagaimanapun, tarikh ini sukar untuk diterima kerana kerajaan Johor pada masa itu belum lagi wujud. Hal ini telah menimbulkan persoalan dan mungkin bukan Johor yang mengislamkan Awang Alak Betatar. Berdasarkan maklumat Ming Shi Lu (Rekod Wangsa Ming), pemerintah Melaka sendiri yang memeluk agama Islam lebih kurang pada tahun 1414 yang merupakan tempoh Megat Iskandar berada di China yang sudah diketahui pada ketika itu pemerintah Melaka yang melawat China memakai gelaran Parameswara atau Permaisura[viii].

            Dalam sebuah kajian mengenai kesultanan Brunei hasil penulisan W.P.Groeneveldt dalam bukunya Notes on The Malay Archipelago and Malacca Compiled From Chinese, Batavia, 1876, dapat memberikan tarikh yang sama iaitu 1371 apabila Sultan Muhammad Shah menghantar utusan ke China. Menurut sumber berkenaan, yang menjadi mubaligh Islam ke Brunei pada zaman Awang Alak Betatar iaitu Syarif Ali telah datang ke Brunei sebelum T.M 1375[ix].

            Seorang sejarawan Barat, Tom Harrison turut berpendapat bahawa tarikh kedatangan Islam ke Kalimantan Barat dan Utara yang tidak jauh berbeza dengan rekod Ming. Kajian beliau  adalah berdasarkan kepada tiga jenis bahan; pertama, sebuah buku Teks Idahan dari Sabah; kedua, Tarsilah Brunei dan ketiga; Tusut atau salasilah kaum Iban. Teks Idahan merupakan suatu salasilah yang tetumpu kepada Abdullah, dikatakan orang pertama yang memeluk agama Islam, pada tahun T.M 1408. Manakala, dalam Tarsilah Brunei pula, Harrison berpendapat bahawa pemerintahan Brunei telah memeluk agama Islam pada tahun T.M. 1350. Tusut kaum Iban menurut beliau pula bermula dengan Merom Pangai yang mengikut kepercayaan orang Iban yang berasal dari bahagian barat Sarawak. Bermula daripada Merom Panggai dalam Tusut, digalurkan keturunannya sehingga 27 generasi. Keturunan generasi ketiga Merom Panggai bernama Abang Musa yang telah bermastatutin di Sumatera dan menjalankan kegiatan perdagangan sehingga ke Brunei[x]. Hal ini telah membuktikan bahawa Abang Musa hidup di sekitar 1380 Masihi tarikh yang telah dikenal pasti oleh Harisson sebagai ‘The First significant Muslim Impacts on Brunei’ berasaskan Teks Idahan dan Tarsilah Brunei.

            Harisson sendiri masih tidak berpuas hati dengan kesimpulan yang telah diberikan olehnya. Seharusnya, dibezakan di antara penemuan, kesan dan pengislaman orang Melayu keseluruhannya yang terus dipolemikan oleh para sarjana. Sebagaimana yang disedari oleh Tom Harrison, ketibaan Islam dan pengislaman masyarakat perlu dibezakan. Dalam konteks Sarawak jelas memberikan gambaran bahawa senario asimilisasi di sekitar kesultanan Brunei tidak memberikan makna bahawa gambaran yang begitu jelas tentang senario yang berlaku di Sarawak khususnya.

            Teori kedatangan Islam ke Sarawak diperkukuhkan lagi menurut Low iaitu seorang sejarawan Barat yang mengatakan bahawa terdapat bukti daripada tradisi penduduk Kalimantan serta kitab-kitab Jawa bahawa penduduk Jawa adalah pendatang yang paling awal menetap di kawasan selatan dan barat Pulau Kalimantan sehingga sampai ke sebelah utara iaitu Sarawak. Pada ketika itu, Jawa dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Setelah kejatuhan kerajaan majapahit pada penghujung abad ke-15, Islam telah muncul sebagai agama yang dominan di Pulau Jawa. Justeru, beliau telah menyimpulkan bahawa sekurang-kurangnya sebahagian daripada penduduk Jawa yang datang ke Kalimantan bermula pada abad ke-16 terdiri daripada orang Islam.

            Berdasarkan teori yang dijelaskan, orang Melayu beragama islam yang paling awal datang ke Sarawak terdiri daripada penduduk dari Sumatera dan Semenanjung. Hal yang demikian mungkin disebabkan tradisi Sarawak yang merujuk kepada kerajaan Johor sebagai punca kedatangan Islam di samping,  kewibawaan kedudukan Datu Merpati. Dalam perihal ini, perlu diperhatikan bahawa keturunan penghijrahan yang awal datang adalah berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pemerhati Barat pada abad ke-19, biasa dikenali sebagai ‘orang Melayu’ yang sememangnya mereka adalah beragama Islam.

            Soal pokok yang masih belum dikenalpasti adalah bila Islam mula bertapak di bumi Sarawak. Harus dipertimbangkan dari perspektif pengaruh Brunei ke atas Sarawak sebelum tahun 1317. Kedatangan orang Melayu dari Sumatera, mempunyai kebarangkalian yang lebih tepat kerana tempoh kedatangan yang lebih awal berasaskan pengetahuan mutakhir iaitu Sumatera lebih dahulu menerima Islam daripada Brunei atau Melaka.

            Melalui pembicaraan tentang teori awal kedatangan orang Melayu ke Sarawak dapat diperlihatkan tentang ketertinggian tamadun yang dimiliki oleh orang Melayu sejak Zaman pertengahan lagi. Ketamadunan awal ini menjadi asas kepada pembentukan dan perkembangan pelbagai proses dalam kehidupan masyarakat Melayu. Tahap yang seterusnya iaitu setelah orang Melayu menerima pengaruh Islam menunjukan bahawa mereka telah mengalami satu pencapaian yang sangat membanggakan. Justeru, generasi ‘muda’ Melayu era kini seharusnya tidak melupakan asal usul mereka demi memartabatkan ketuanan orang Melayu di tanah air sendiri.

 

hari BaRu

•Mei 23, 2009 • Tinggalkan Komen

hari pertama aq latihan lanjutan selepas dah lama x p latihan sepanjang tahun ni…..terlambat bangun…jadi x dapat pi pun….hehehehe…aq buat keputusan terus jumpa dr je kat apm…punyala lama menunggu, tapi x juga datang-datang orangnya….akhirnya dapat panggilan telefon dari kompleks suruh datang kompleks ukur baju no3…huh….punyala kelam kabut….aloh alih..bagitau kat staf…kalau nak kami datang gak…kenala ambil kami di apm…what ever…datang gak staf pi apm..kami pun pinjamlah motor dia dulu  pi kompleks…lepas tue…nak jadi cerita, kena tukar seluar dulu barula boleh ukur baju dulu…hehehehe….dah tukar….ukur baju…lepas tue baru tukar seluar semula…dah selesai semuanya…kamipun balik ke apm..duk kat apm sampai kul 1 lebih…

sampah…mana nak buang?

•Mei 4, 2009 • Tinggalkan Komen

hari ni pi pasar malam…beli air asam satu…jalan punya jalan….x juga beli apa-apa…alih2…air satu tu je yang dibeli…. air dah habis…tapi x beli apa-apapun lagi…. lepas sejam baru rasa nak beli ayam percik plak…hehehe…

lepas tu kan…bekas air tu x buang-buang lagi…

sebab x tau nak buang mana…..dah beli ayam  percik…dah beli air kelapa…dah beli ikat rambut….jalan balik ke UM pun masih lagi pegang bekas air tu…KENAPA?????

JDEA 3311

•April 7, 2009 • Tinggalkan Komen

TAJUK TUGASAN:

Kesopanan dalam pertuturan sangat dipentingkan dalam masyarakat Melayu. Jelaskan dengan mengemukakan contoh yang sesuai.

 

Asmah Hj. Omar, 1996. “Kesopanan dalam Perbincangan dan Perbahasan: Satu Analisis Kelakuan Bahasa dalam Keadaan Perbezaan Taraf dan Peranan”, dibentangkan dalam Seminar Memperingati 100 Tahun Za’ba. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 121-149.

1.0       PENGENALAN

            Tugasan ini akan membincangkan mengenai kesopanan dalam pertuturan masyarakat Melayu.  Huraian awal tugasan ini akan menerangkan secara am mengenai Prinsip Kesopanan berdasarkan kepada tokoh bahasa tertentu.  Antara tokoh bahasa tersebut adalah Grice, Lakoff, Leech, Brown dan Levinson, dan Asmah Hj. Omar.

            Pada bahagian yang seterusnya, maksim-maksim kesopanan dalam Prinsip Kesopanan Leech akan diterangkan dengan mengaitkannya dalam masyarakat Melayu sendiri.

 

2.0       KONSEP BERKAITAN

 

            Bahagian ini akan menghuraikan mengenai konsep kesopanan berbahasa berdasarkan kepada pandangan tokoh-tokoh bahasa.  Selain itu, bahagian ini akan menerangkan secara awal mengenai  lima Model-model Kesantunan oleh enam tokoh bahasa termasuk Leech.  Teori Kesopanan Leech.

 

2.1       KONSEP KESOPANAN BERBAHASA

 

            Dari segi bahasa, perkataan sopan dapat diistilahkan sebagai adab, adat, berdisiplin, santun  dan lemah lembut. Kesopanan menurut Asmah Hj. Omar boleh dilihat dari segi tingkah laku bukan bahasa dan juga dari segi bahasa (1995:121).  Tambah beliau lagi:

“Kesopanan yang betul-betul memberi perhatian kepada peranan sosial pemeran latar, judul percakapan, dan menyesuaikan peraturan pertuturan dengan keadaan sebenar.(1995:125)

 

            Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu, “bahasa” adalah bermaksud “bicara”, ujaran”, “tatatertib”, “sopan-santun”, “tingkah laku” dan “percakapan yang baik”.  Kesopanan berbahasa memberi pengertian yang luas yang merangkumi makna komunikasi yang sempurna dan beradab dengan perlakuan yang baik.  Kamus Dewan pula mendefinisikan kesopanan sebagai perihal sopan yang ditonjolkan melalui tingkah laku, tutur kata dan sebagainya.

 

            “Kesopanan bahasa” oleh Teo Kok Seong mentakrifkan kesopanan sebagai bentuk bahasa atau penggunaan bahasa yang bermaksud untuk berlaku sopan kepada orang yang diajak bercakap bagi tujuan menghormatinya, di samping memperlihatkan kehemahan pada orang yang bercakap itu agar dia dianggap sebagai berbudi bahasa.

 

            Awang Sariyan (2007:1) kesopanan berbahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak ayng menjadi teman bicara.  Thomas(1995:158) kesopanan berbahasa dapat didefinisikan sebagai strategi yang digunakan oleh penutur terhadap pendengar dalam usaha mencapai pelbagai matlamat, seperti memelihara perhubunganyang harmonis.

 

2.2       MODEL-MODEL KESOPANAN

 

            Topik ini akan membncangkan mengenai Model Prinsip Kerjasama Grice, Model Kesantunan Lakoff, Model Kesantunan Brown dan Levinson, Model Kesopanan Asmah Haji Omar, dan Prinsip Kesopanan Leech.

 

2.2.1   MODEL PRINSIP KERJASAMA (PK) GRICE (1975)

 

            Pada 1967, Grice mencetuskan PK berasaskan  penggunaan implikatur perbualan dalam meneroka sesuatu ujaran Tokoh ini menghuraikan prinsip kesopanan mengikut pandangnnya dengan menjadikan sumbangan seseorang sebagaimana yang dikehendaki sahaja, di tahap apabila perbualan itu mengambil tempat, dan tepat pula dengan arah tujuan perbualan yang sedang berlangsung.  Beliau telah mengemukakan 4 maksim iaitu maksim kuantiti, maksim kualiti, maksim pertalian, dan maksim cara.

            Maksim kualiti adalah maksim yang sempurna untuk memberi maklumat yang cukup informative dan memastikan maklumat yang cukup melebihi daripada apa yang sepatutnya.  Maksim kualiti adalah maksim yang mementingkan perkara yang betul sahaja dan tidak menyebut sesuatu yang tidak betul dan juga tidak akan meyebut sesuatu yang tidak cukup dalil atau bukti.  Maksim pertalian merupakan kesinambungan dan relevan maklumatnya.  Maksim cara adalah maksim yang mementing pernyataan yang sejelas mungkin dan mengelakkan kesamaran, ketaksaan, ringkas dan teratur.  Prinsip ini mengekalkan kesinambungan sosial dan pertalian mesra  dan membolehkan kita mengandaikan bahawa yang kita ajak berbual itu memang rela bekerjasama dengan kita.

 

2.2.2   MODEL KESANTUNAN  LAKOFF (1978)

 

            Lakoff menyarankan tiga peraturan sekiranya sesuatu perualan mengekalkan keharmonian iaitu:

a)     Jangan memaksa

b)     Berikan pilihan

c)      Jadikan pendengar selesa

            Jangan memaksa adalah peraturan untuk mengekalkan kesantunan formal untuk mengekalkan jarak pendengar dengan penutur.  Peraturan berikan pilihan pula adalah peraturan dalam situasi tidak formal.  Memberi peluang pendengar membuat pilihan menerima atau menolak sesuatu permintaan, berfikir, membina ujaran dengan ayat tanya.  Peraturan ketiga iaitu jadikan pendengar selesa bertujuan merapatkan hubungan baik antara penutur dengan pendengar.  Peraturan ini menonjolkan sifat positif penutur-pendengar dan digunakan dalam kalangan yang menjalin hubungan rapat.

            Walau bagaimanapun, model ini tertumpu pada kepentingan pendengar dan bersifat egosentrik. Penutur lakukan apa sahaja demi kepuasan pendengar. Model ini mengutamakan kepentingan pendengar , tidak dapat dipertahankan dalam semua peristiwa bahasa yang mempunyai matlamat yang berbeza.

 

2.2.3   MODEL KESANTUNAN BROWN DAN LEVINSON (1978 &  1987)

 

            Model Brown dan Levinson (B&L) ini berasaskan “konsep menyelamatkan air muka yang dicetuskan daripada konsep air muka Goffman pada 1967.  Konsep ini menafsirkan tingkah laku yang santun sebagai asas dalam mengekalkan kehendak air muka.  “air muka” dikaitkan dengan perasaan nilai diri atau imej diri, perlu dicari, dan boleh hilang, boleh dikekalkan, dimusnahkan atau ditingkatkan apabila berinteraksi dengan orang lain.  “air muka” positif merupakan keinginan individu untuk disukai, dihargai, dipersutujui, dihormati, orang lain.  Air muka negatif merupakan keinginan untuk mempertahankan hak dan dan kebebasan melakukan sesuatu tidak dihalang.  B&L telah mengemukakan beberapa strategi untuk mengurangkan ancaman air muka iaitu Lakuan Mengancam Air Muka dan tidak melakukan Lakuan Mengancam Air Muka.  Namun begitu, Teori B&L ada kelemahannya.  Model ini menurut Matsumoto dan Mao adalah beracuankan Barat dan tidak sesuai dengan tradisi Timor yang mengutamakan nilai sosial dan budaya yang meletakkan diri sendiri dalam perkara kedua.

 

2.2.4   MODEL KESOPANAN ASMAH HAJI OMAR

            Asmah Haji Omar pula menyatakan kesopanan berbahasa dapat didefinisikan sebagai  “penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kemarahan dan kegusaran atau rasa kecil hati daripada pihak yang lain”.  Menurut Asmah Haji Omar, beliau telah mengatakan bahawa terdapat dua jenis kesopanan iaitu kesopanan asas dan kesopanan terkendala.

           

            Kesopanan asas ialah kesopanan yang sedia ada dalam masyarakat dan menjadi penghubung antara satu sama lain dengan cara menunjukkan sikap berbaik-baik antara satu sama lain. Kesopanan berkendala pula menggambarkan usaha yang dilakukan oleh ahli masyarakat dalam berhubungan antara satu sama lain dengan memberi perhatian kepada kendala tertentu. Kendala-kendala tersebut adalah seperti berikut:

a)     Taraf dan peranan orang yang bercakap dengan kita.

b)     Di mana atau dalam keadaan yang bagimana percakapan itu berlaku.

c)      Apa yang dipercakapkan.

d)     Mengapa percakapan itu berlaku.

e)     Cara percakapan itu disampaikan sama ada secara bersemuka, dalam perbualan telefon ataupun sidang video.

           

            Perkara yang penting dalam pertuturan ialah cara penutur mengungkapkan tutur kata dan pertuturan itu mempunyai mesej atau tujuan tertentu. Proses pertuturan ini melibatkan:

  1. Pemilihan kata dan ungkapan yang sesuai dan membawa suasana sopan.
  2. Pemilihan ayat yang sesuai, bukan sahaja dari segi nahunya , tetapi dari segi makna pragmatik yang didukungnya.
  3. Penggunaan intonasi yang sesuai.
  4. Penggunaan kata panggilan yang betul iaitu nama sapaan atau nama gelaran.

 

2.2.5   PRINSIP KESANTUNAN LEECH

 

            Geoffrey Leech dalam bukunya yang bertajuk “Prinsip Pragmatik” (1993) telah mendefinisikan kesopanan sebagai strategi komunikasi semata-mata.   Beliau berpendapat  bahawa sesuatu keadaan pertuturan biasanya bergantung kepada beberapa faktor relatif kekal seperti umur, jantina, status, darjah keintiman dan peranan.  Leech menyatakan maksim kesopanan ini dapat menjelaskan perkaitan sopan dengan tingkah laku manusia. Hal ini kerana maksim kesopanan ini akan kurangkan ungkapan pendapat yang tidak beradab dan hanya versi positif sahaja dengan ungkapan pendapat yang beradab sahaja digunakan.  Leech telah mengemukakan maksim-maksim kesopanan atau maksim kesantunannya yang dapat menjelaskan perkaitan antara “kesopanan” dengan tingkah laku manusia.  Kesopanan terdiri daripada dua iaitu kesopanan mutlak dan kesopanan relatif.

 

            Maksim kesopanan Leech melihat kaitan kesopanan sebagai aspek penting dengan ketidakterusan berbahasa, pengecualian pematuhan prinsip kerjasama  Grice dan lakuan bahasa.  Pendekatan prinsip kesopanan dapat dilihat melalui maksim yang berpasangan iaitu meminimumkan iaitu pernyataan kepercayaan yang tidak sopan  dan memaksimumkan kepercayaan yang sopan serta berpusat kepada diri sendiri, penutur, pendengar atau individu lain.

 

            Dengan itu, Leech mengutarakan enam maksim.  Maksim tersebut ialah maksim santun, maksim kerendahan hati, maksim persetujuan, maksim simpati, maksim kedermawaan dan maksim sokongan.  Setiap maksim akan diterangkan dalam subtopik 3.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.0       MAKSIM-MAKSIM DALAM PRINSIP KESOPANAN LEECH

 

            Bahagian ini akan menghuraikan enam maksim yang diutarakan oleh Leech dalam Prinsip Kesopanan Leech. Maksim yang akan diterangkan adalah maksim santun, maksim kerendahan hati, maksim persetujuan, maksim simpati, maksim kedermawaan dan maksim sokongan.  Setiap maksim diberikan contoh yang sesuai dengan perlakuan seharian dalam masyarakat Melayu.

 

3.1       MAKSIM SANTUN

            Maksim santun ialah satu strategi untuk memininumkan manfaat bagi diri sendiri dan cuba untuk memaksimumkan manfaat kepada orang lain.   Melalui maksim santun, penutur akan cuba memininumkan kuasanya kepada orang lain dengan cara memaksimumkan manfaat kepada orang lain. Selain itu, maksim santun ini digunakan sebagai salah satu alat untuk mengungkapkan pujian kepada seseorang.  Contohnya:

Contoh 1:

Pekerja              : Saya rasa, belum masanya lagi untuk saya terima jawatan itu, Datuk.  Encik Salleh lebih layak.

Majikan              : Kenapa awak kata Encik Salleh lebih layak?

Pekerja              : Yela, kan Encik Salleh lebih senior daripada sya.  Lagipun, dia lebih lama bekerja di sini berbanding saya yang baru bekerja dengan Datuk tiga bulan.

 

Contoh 2:

A         : Leman, bila dah habis belajar universiti nanti, jangan jadi macam abang kau tu, belajar tinggi-tinggi tapi tak nak kerja kat bandar, kerja di sawah juga yang dia nak.

B         : Janganlah mak kata begitu, kan abang yang juga  bersusah payah sara keluarga kita selama ni.

 

3.2       MAKSIM KERENDAHAN HATI

            Maksim kerendahan hati adalah maksim yang meminimumkan pujian terhadap diri sendiri dengan cara memaksimumkan cacian terhadap diri sendiri.  Melalui maksim ini, penutur akan merendahkan diri sehingga kadang kala menyebabkan pendengar merasakan penutur mencaci dirinya dan merupakan lakuan larangan sosial iaitu bercakap besar. Maksim ini dapat dilihat melalui tutur kata yang disampaikan iaitu kata yang merendahkan diri.  Hal ini kerana untuk mengingatkan diri bahawa pujian tersebut hanyalah sebagai salah satu penghargaan yang diberi agar seseorang itu lebih berusaha gigih.

            Selain itu, maksim ini juga digunakan dalam situasi tertentu iaitu apabila pujian diterima daripada seseorang yang lain.  Adalah menjadi kebiasaan apabila dipuji seseorang itu akan menggunakan maksim ini untuk mengelakkan dari lupa diri akibat pujian tersebut.  Dalam masyarakat melayu umpamanya, maksim ini digunakan untuk menimbulkan perbualan yang harmonis dengan masing-masing tidak memperlihatkan kelebihan masing-masing dan sebaliknya akan menyatakan kekurangan diri sendiri. Contohya, dari segi pencapaian anak-anak, pembelian sesuatu dan sebagainya.  Keadaan ini berlaku untuk mengelakkan timbulnya tanggapan negatif kepada penutur seperti sombong, berlagak dan megah.  Contohnya: 

  1. “Macam awak bolehlah baca buku Cina sebab tahu bahasanya, tapi macam saya ni baca buku-buku Melayu sajalah.” kata Lina kepada Jenny.
  2. “Tak mengapalah Mak Mah, lagipun Datuk bukannya memilih sangat, yang penting boleh dimakan.  Mak Mah masaklah apa yang patut untuk makan tengah hari ni.” kata Datin Zura kepada pembantu rumahnya.

 

3.3       MAKSIM PERSETUJUAN

            Maksim persetujuan ialah maksim yang memperlihatkan kecenderungan seseorang untuk melebih-lebihkan persetujuan terhadap orang lain.  Maksim ini akan memininumkan kerugian kepada pendengar sebaliknya akan memaksimumkan kerugian kepada diri sendiri.  Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada konflik dan perbalahan di antara satu sama lain.

            Selain itu, maksim ini adalah bertujuan menjaga air muka seseorang.  Berdasarkan konsep menjaga air muka seseorang ini lahirlah persetujuan yang menghormati orang yang dilawan bercakap.  Persetujuan yang dituturkan adalah semata-mata menghormati penutur tersebut sahaja dan bukan isi pertuturan tersebut.  Contohnya:

Contoh 1:

A: Awak fikir Afifah ada kat rumah?

B: Barangkali ada. Kan hari ini cuti.

Contoh 2:

A: Nyanyiannya memang merdu kan?

B: Betul, tapi suara Akma lagi merdu kalau dia yang nyanyi.

 

3.4       MAKSIM SIMPATI

            Maksim simpati ialah maksim yang cuba memaksimumkan simpati kepada orang lain dan memininumkan antipati antara diri sendiri dengan orang lain.  Dengan itu, penutur akan cuba untuk menghilangkan rasa benci atau perasaan negatif yang lain terhadap diri orang tersebut dan sebaliknya akan memberi sifat simpati dan belas kasihan terhadap orang tersebut.   Dalam maksim ini ditunjukkan oleh dua penanda yang besar iaitu takziah dan tahniah.   Ucapan takziah dan tahniah ini adalah lakuan tuturan berabad walaupun ucapan takziah mengungkapkan pendapat negatif kepada pendengar.

            Maksim ini juga digunakan untuk menyatakan kata-kata nasihat yang membantu meringankan beban yang ditanggung oleh pendengar dan menyalurkan maklumay yang berguna untuk pendengar tersebut.  Dalam pernyataan simpati ini, nasihat adalah cara terbaik untuk menggambarkan seseorang itu membantu dengan cara saling mengambil berat dan tidak semestinya dengan kebendaan. 

            Dalam masyarakat Melayu, maksim ini digunakan bukan sahaja terhad kepada ucapan yang menyatakan perasaan sedih sahaja malah turut mengandungi unsur-unsur nasihat, ambil berat, kasih sayang dan nilai-nilai kesopanan yang lain.  Contohnya:

  1. “Kesian budak tu, selepas mak ayah dia meninggal terpaksa tinggal di rumah anak yatim piatu.” luah Pat Itam kepada Mak Leha.  Mak Leha hanya mendiamkan diri kerana terkenangkan perbuatan ibu bapa Leman yang pernah merosakkan rumah tangganya.
  2. “Kalau betul nak kerja, kenapa pula pilih kerja sebagai pelayan. Awak masih muda, kerja itu tak baik untuk awak.” nasihat Mak Mah kepada Rina.

 

3.5       MAKSIM SOKONGAN

            Maksim sokongan ialah maksim yang memininumkan cacian terhadap orang lain dan memaksimumkan pujian terhadap orang lain.  Maksim ini sebenarnya adalah maksim mengampu namun adalah tidak sesuai kerana bunyinya yang tidak sopan dan memberi konotasi yang negatif.   Maksim ini biasanya adalah dengan cara memuji dan mengiyakan perbuatan seseorang agar individu tersebut meningkatkan semangat dan usahanya untuk melakukan sesuatu perkara dengan baiknya. 

            Dalam masyarakat Melayu, sokongan yang diberikan bukan untuk tujuan “mengampu” semata-mata sebaliknya untuk  memberi sokongan yang ikhlas.  Sokongan ini adalah bertujuan memberikan dorongan  dan meningkatkan semangat seseorang untuk berusaha dengan lebih gigih dalam melakukan sesuatu perkara.  Contohnya:

  1. “Kalau dapat pekerjaan yang lebih baik, awak boleh saja berhenti kerja ini.” kata Encik Zali kepada pekerja barunya.
  2. “Jika awak berusaha sudah pasti cita-cita awak tercapai lagipun awak ini budak pintar.” kata Cikgu Murni kepada Rashid.

 

3.6       MAKSIM KEDERMAWAAN

            Maksim kedermawaan ialah maksim yang memininumkan manfaat atau keuntungan bagi diri sendiri dan berusaha memaksimumkan kos bagi diri sendiri.    Melalui maksim ini, pernyataan seseorang itu merupakan suatu tawaran atau ungkapan yang sopan seperti bantuan, pertolongan dan kasih sayang.  Contohnya:

Contoh 1:

A: Duduklah dulu ya. Saya pergi buat air jap.

B: Tak payahlah. Kakak tak lama pun, singgah jap je ni.

Contoh 2:

“Sebelum awak balik, terimalah buah tangan dari kami yang tak seberapa ni.” Ujar Datin Seri Zaleha sambil menghulurkan sekeping sampul surat ke tangan Mak Munah.

 

 

 

 

 

 

 

4.0       KESIMPULAN

 

            Kesimpulannya, kesopanan dalam pertuturan sangat dipentingkan dalam masyarakat Melayu.  Berdasarkan Prinsip Kesopanan Leech yang meminimumkan iaitu pernyataan kepercayaan yang tidak sopan  dan memaksimumkan kepercayaan yang sopan, masyarakat Melayu dilihat ada yang masih mengamalkan prinsip ini dan ada juga yang mengamalkan kesopanan dalam pertuturan berdasarkan model kesopanan lain.

            Masyarakat Melayu dianggap lebih bersikap menjaga air muka orang lain lebih daripada menjaga air muka sendiri.  Secara mudahnya, masyarakat Melayu lebih beranggapan positif dan mengurangkan anggapan negatif terhadap orang lain.  Dalam perkaitan antara Prinsip Kesopanan Leech dengan masyarakat Melayu sekarang, dikesan wujud percanggahan.

            Ada anggota masyarakat yang lebih selesa mengutarakan niatnya dengan bercakap secara terus terang.  Unsur paksaan dalam mendapatkan persetujuan orang yang dikehendaki juga semakin sering digunakan.  Dalam erti kata lain, masyarakat Melayu sekarang semakin selesa untuk menggunakan kata yang menggambarkan niat mereka tanpa menggunakan kata-kata yang mempunyai maksud tersirat.

           

 

 

Darwis Harahap dan Abdullah Hassan, 2004. Mutiara Budi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Kamus Besar Bahasa Melayu, 1995. Kuala Lumpur: Utusan Pubications.

 

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Dewan Bahasa dan Pustaka; Kuala Lumpur.

 

Kamus Linguistik, 1997. Dewan Bahasa dan Pustaka; Kuala Lumpur.

 

Leech, Geoffrey, 1993. Principles of Pragmatics, First Edition. Diterjemahkan oleh Azhar M. Simin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

JBEA 3302

•April 7, 2009 • Tinggalkan Komen

 

ANALISIS BAHASA RASMI, BAHASA ATASAN, DAN BAHASA ORANG TIDAK BERILMU

 

1.0       PENGENALAN

            Tugasan ini membincangkan mengenai analisis data dalam bahasa rasmi, bahasa atasan dan bahasa orang tidak berilmu.

2.0       KONSEP BERKAITAN

            Bahagian ini akan menerangkan bahawa apa yang dimaksudkan dengan bahasa rasmi, bahasa atasan dan bahasa orang tidak berilmu.

2.1       BAHASA RASMI

            Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam perhubungan rasmi, seperti dalam upacara rasmi dan surat menyurat.  Bahasa ini biasanya digunakan dalam urusan rasmi sama ada dalam pemilihan atau depan.

2.2       BAHASA ATASAN

            Bahasa ini atasan adalah mengira kepada status sosial pemeran, latar pendidikan dan juga sosiolisasi pemeran itu sendiri.

2.3       BAHASA ORANG TAK BERILMU

            Bahasa orang tidak berperilaku, dan pemikiran yang tidak sepadan dengan peranan, status dan tahap.

 

 

 

 

3.0       ANALISIS BAHASA RASMI

            Contoh-contoh bahasa rasmi ini diambil oleh penulis semasa mengikuti Program Penyelidikan Luar Kampus di Perkampungan Orang Asli di Tasik Banding.  Secara keseluruhannya, semua contoh diperolehi oleh penulis semasa majlis menyambut kedatangan peserta program ke Kem Zabri.  Contoh-contoh yang diambil merupakan kata-kata yang diambil berdasarkan ucapan alu-aluan dan taklimat oleh Ketua Kem Zabri yang juga Ketua Unit Komando 69.  Berikut adalah 20 contoh yang diperolehi oleh penulis dan dianalisis dengan melihat kepada huraian, konteks, sifat bahasa, kekuatan bahasa dan nilai setempat terhadap bahasa yang dituturkan.

CONTOH 1:

Saya bagi pihak semua Kem Zabri mengucapkan selamat datang ke Kem Zabri.

A)    Huraian

Ayat ini diungkapkan semasa Ketua Unit Komando 69 mengucapkan selamat datang kepada peserta yang datang ke Kem Zabri.

B)    Konteks

Ayat ini dituturkan semasa pihak Kem Zabri memberikan  ucapan selamat datang kepada peserta-peserta program.  Majlis ini dibuat pada malam hari pertama peserta menginap di Kem Zabri.

C)    Sifat bahasa

Sifat bahasa ini adalah bahasa rasmi dan dituturkan dalam konteks formal.  Kata ganti nama “saya” adalah untuk menunjukkan semasa bahasa ini dituturkan, ianya adalah bersifat rasmi.  Oleh itu, penggunaan kata ganti nama “saya” adalah sesuai digunakan kerana dianggap lebih sopan dan menghormati tetamu yang hadir berbanding menggunakan kata ganti nama “aku”.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa yang dapat dikesan dalam ayat ini adalah apabila penutur menekankan nada suaranya semasa mengucapkan ungkapan ‘selamat datang’ kepada peserta.

E)    Nilai setempat

Masyarakat yang mendengar kata-kata yang digunakan melihat pemeran menggunakan kata ganti nama diri pertama “saya” dalam ayat ini sebagai kerana peristiwa bahasa yang bersifat rasmi.  Hadirin pula menerima penggunaan kata ganti nama “saya” kerana masyarakat sendiri menerima penggunaan kata ganti nama “saya” adalah lebih bersifat rasmi, menghormati dan sopan pada pendengaran mereka.

CONTOH 2:

Bukan semua, banyak tapisan-tapisan yang terpaksa kami lalui.

A)    Huraian

Ayat ini diungkapkan semasa Ketua Unit Komando 69 menceritakan semula kepada hadirin majlis akan kriteria-kriteria dan juga tapisan-tapisan keselamatan yang perlu dilalui oleh anggota polis yang menjalani kursus di Kem Zabri.  Penggunaan kata nafi “bukan” membawa maksud bahawa bukan semua tapisan atau tahap-tahap kursus dilalui oleh anggota polis yang terlibat.  Ini bermakna, ada tapisan atau tahap yang tidak dilakukan.  Walau bagaimanapun, tapisan yang terpaksa mereka lalui juga adalah sangat sukar sehinggakan ada anggota polis yang tidak sanggup meneruskan kursus di Kem Zabri tersebut.

B)    Konteks

Dari segi konteks, bahasa ini dituturkan semasa Ketua Unit Komando 69 menerangkan secara ringkas mengenai Unit Komando 69 kepada hadirin.  Penerangan ini dibuat selepas pengucap mengucapkan selamat datang kepada hadirin.

C)    Sifat bahasa

Ayat pada contoh ini adalah bahasa yang formal dan bersifat rasmi.  Walaupun ayat ini bermula dengan kata nafi “bukan”  ayat ini masih bersifat rasmi. 

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa ini dilihat semasa mengucapkan kata “bukan” dan “ “banyak” sebagai penekanan kepada kesusahan yang anggota polis hadapi semasa menjalani kursus di kem tersebut.  Penekanan diberikan semasa menyebut kata ganti nama “kami”.  Kata ganti nama “kami” merupakan kata ganti nama jamak yang merujuk kepada mereka yakni anggota polis yang bertugas di Kem Zabri.

E)    Nilai setempat

Hadirin majlis yang mendengar kata-kata ini diucapkan menganggap pemilihan kata “Bukan semua, banyak tapisan-tapisan yang terpaksa kami lalui” adalah sesuai dan dapat difahami mereka.  Pendengar mengaitkan pengucapan kata-kata ini dengan ayat yang diucapkan sebelum ayat ini dan merujuk “semua” sebagai rujukan kepada halangan dan rintangan yang anggota polis hadapi apabila menjalani kursus di kem tersebut.

CONTOH 3:

Yang pertama sekali, taklimat berkaitan aktiviti unit 69.

A)    Huraian

Ayat ini diucapkan semasa memberikan taklimat am mengenai Unit Komando 69 di Kem Zabri.  Ayat ini dimulakan dengan kata pancangan relatif “yang”.  Taklimat mengenai Unit Komando 69 diimulakan dengan aktiviti anggota polis Unit Komando 69 secara satu demi satu kepada pendengar.

B)    Konteks

Ayat ini dituturkan semasa ucapan oleh Ketua Unit Komando 69 memberikan penerangan secara ringkas akan Unit Komando 69.  Bahagian pertama adalah menerangkan secara am aktiviti yang dilakukan oleh anggota polis di Kem Zabri.

C)    Sifat bahasa

Bahasa ini menggunakan bahasa rasmi sesuai dengan situasi diucapkan iaitu dalam majlis rasmi.  Pemilihan bahasa untuk memulakan ayat ini dengan kata pancangan relatif “yang” adalah sesuai sebagai lambang akan ada penerangan tentang Unit Komando 69 yang lain.  Penggunaan “pertama” juga memberikan petunjuk kepada pendengar bahawa akan ada penerangan lain akan selepas taklimat mengenai aktiviti di Kem Zabri.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa ini boleh dikesan di awal ayat “yang pertama sekali” menunjukkan bahawa ada penerangan lain mengenai Unit Komando 69 yang ditempatkan di Kem Zabri itu.  Kata “pertama” menunjukkan bahawa akan ada taklimat lain mengenai Kem Zabri selain taklimat mengenai aktiviti mereka.

E)    Nilai setempat

Pendengar yang terdiri daripada anggota Kem Zabri dan juga bukan anggota Kem Zabri memahami bahawa penggunaan “pertama” akan diikuti dengan yang kedua, ketiga dan seterusnya, bergantung kepada penerangan oleh perucap sendiri.

CONTOH 4:

Itu sahaja kita punya taklimat berkaitan keluarga 69 secara ringkas.

A)    Huraian

Ayat ini diucapkan bertujuan untuk memberitahu pendengar bahawa taklimat mengenai keluarga Unit Komando 69 dan hubungannya dengan unit lain telahpun selesai. Penerangan yang diberi adalah huraian awal secara ringkas mengenai Kem Zabri yang menempatkan Unit Komando 69.

B)    Konteks

Dari segi konteks penggunaannya, ayat ini dituturkan di akhir bahagian taklimat mengenai keluarga Unit Komando 69.

C)    Sifat bahasa

Bahasa ini bersifat formal.  Memberitahu kepada pendengar bahawa taklimat mengenai Unit Komando 69 yang disebut secara ringkas dalam ayat ini sebagai “keluarga 69”.  Secara keseluruhannya, ayat ini menunjukkan bahawa penerangan lain mengenai Unit Komando 69 ada lagi yang lain selain daripada penerangan mengenai keluarga 69.  Penggunaan “itu sahaja” menunjukkan penerangan mengenai keluarga 69 akan berakhir di situ.

 

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa pada ayat ini dilihat pada penggunaan kata “itu sahaja” pada awal ayat.  penggunaannya telah membawa kepada pemahaman pendengar yang taklimat mengenai “keluarga 69” iaitu Unit Komando 69 telah diselesaikan oleh si pemberi taklimat.

E)    Nilai setempat

Hadirin iaitu pendengar menerima penggunaan kata ganti nama pertama jamak “kita” dan memahaminya “kita” mewakili semua anggota polis di Kem Zabri itu.  Pendengar juga memahami bahawa frasa “itu sahaja” membawa makna bahawa hanya itu sahaja penerangan mengenai keluarga 69.

CONTOH 5:

Yang pertama sekali, tuan-tuan, puan-puan mendapat sedikit pengalaman di unit 69.

A)    Huraian

Ayat ini membawa maksud bahawa pengunjung Kem Zabri akan mendapat sedikit pengalaman selama tinggal di Unit Komando 69.

B)    Konteks

Ayat ini diucapkan semasa penutur memberikan maklumat mengenai faedah yang diperolehi apabila menginap di Kem Zabri.  Penggunaannya

C)    Sifat bahasa

Bahasa ini bersifat formal dan dapat dilihat melalui penggunaan kata “pertama sekali” yang menunjukkan faedah yang akan diberitahu ada lebih daripada satu.  Penerangan diberikan adalah tersusun dengan menggunakan kata “pertama sekali” faedah yang pertama diterima apabila menginap di Kem Zabri.  Kata panggilan “tuan dan puan” lebih sopan digunakan daripada menggunakan kata panggilan hadirin ataupun saudara.  Tetamu yang juga terdiri daripada pegawai polis dan juga pensyarah adalah golongan intelek dan atasan yang perlu dihormati.  Selain itu, kata panggilan ini juga akan dapat menarik perhatian tetamu atau peserta yang merupakan pelajar.  Pelajar yang mendengar ayat ini akan merasakan mereka dihargai dan menarik minat mereka untuk mendengar butir-butir mengenai Kem Zabri.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa dapat dilihat dalam penggunaan kata panggilan dalam ayat ini untuk hadirin iaitu “tuan-tuan, puan-puan” sebagai kata yang ditujukan kepada tetamu yang mendengar.  Kata panggilan ini lebih berkesan berbanding kata panggilan lain seperti encik, saudara, saudari dan lain-lain.  Keberkesanannya dilihat kepada kesesuaiannya kerana pendengar ayat ini adalah umum dan tidak menjurus kepada satu pihak yang bertaraf tertentu sahaja.  Pendengar kepada ayat ini bukan terdiri daripada pelajar sahaja tetapi juga terdiri daripada orang atasan yang berpangkat pegawai dan juga pensyarah,  justeru panggilan tuan dan puan adalah sesuai sebagai panggilan hormat kepada semua tetamu.

E)    Nilai setempat

Masyarakat yang terdiri daripada pegawai, pensyarah dan pelajar menerima penggunaan kata panggilan “tuan” dan “puan”.  Penerimaan mereka adalah melihat kepada nilai kata panggilan ini kepada mereka yang dianggap lebih menghormati dan bersopan.

CONTOH 6:

Yang pertama sekali, saya nak tanya pada anda semua dengan penginapan seperti ini, adakah anda selesa dengan penginapan ini?

A)    Huraian

Ayat ini merupakan ayat tanya yang meminta jawapan dari pendengar sama ada penginapan yang disediakan selesa kepada pendengar atau tidak.  Pertanyaan ini ditujukan kepada semua peserta yang mendengar taklimat tersebut dan memerlukan jawapan

B)    Konteks

Ayat ini diucapkan semasa taklimat mengenai Kem Zabri diberikan oleh Ketua Unit Komando 69 kepada semua peserta.  Sebelum memulakan taklimatnya, ketua kem ini menanyakan terlebih dahulu sama ada pendengar selesa dengan penginapan di Kem Zabri atau tidak.

C)    Sifat bahasa

Pertanyaan ini ditujukan secara am dan memerlukan jawapan beramai-ramai daripada peserta.  Secara bersopan, pemberi taklimat bertanyakan soalan ini terlebih dahulu.  Tujuan soalan dikemukakan adalah untuk menarik perhatian pendengar supaya dapat memberikan tindak balas dengan memberikan jawapan kepada soalan ini.  Tindak balas daripada pendengar dapat mengelakkan pendengar daripada mengantuk semasa mendengar taklimat ini.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa ini dapat dikesan dalam penggunaan frasa “yang pertama sekalli”.  Penggunaan frasa ini sebagai menekankan bahawa sebelum taklimat mengenai Kem Zabri, pemberi taklimat menekankan nada semasa menyebut frasa ini.  Penekanan pada frasa ini adalah untuk memastikan pemberi taklimat mahu mendapatkan perhatian daripada pendengar akan taklimat seterusnya akan diberikan.

E)    Nilai setempat

Peserta taklimat ini memahami bahawa pertanyaan oleh Ketua Unit Komando 69 perlu dijawab serentak oleh mereka.  Sejurus selepas pertanyaan ini dikemukakan, peserta taklimat menjawab pertanyaan ini beramai-ramai dengan menyatakan bahawa mereka selesa dengan penginapan di Kem Zabri.

CONTOH 7:

Prof ada jadi saksi!

A)    Huraian

Ayat ini dituturkan dengan nada yang tegas dan meminta kepastian daripada peserta sama ada peserta jujur dalam menjawab pertanyaan yang telah dikemukakan sebelum ini atau tidak jujur.  Ayat ini menegaskan bahawa pensyarah yang ada akan jadi saksi kepada jwapan yang diberikan oleh mereka sama ada peserta tersebut jujur dalam memberikan jawapan yang diberikan.

B)    Konteks

Ayat ini diucapkan dalam taklimat oleh Ketua Unit Komando 69.  Sebelum memulakan taklimat beliau telah mengemukakan pertanyaan untuk dijawab oleh peserta.  Ketidayakinan beliau terhadap jawapan yang diberikan mendorong beliau untuk menjadikan pensyarah sebagai saksi bagi memastikan peserta tersebut jujur dalam menjawab soalan tersebut atau tidak.

C)    Sifat bahasa

Sifat bahasa ini adalah rasmi kerana diungkapkan dalam  mjlis rasmi iaitu sesi taklimat berkenaan Kem Zabri.  Bahasa yang digunakan dalam ayat ini boleh melihat kepada singkatan panggilan untuk pensyarah iaitu “prof”.  Singkatan ini dianggap sesuai sebagai menunjukkan kemesraan antara Ketua Unit Komando 69 ini dengan pensyarah yang ada.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa ini dilihat pada keyakinan pemeran untuk merujuk kepada pensyarah pengiring kerana aktiviti yang dibuat akan melibatkan semua.  Kata ganti nama yang dipilih adalah

E)    Nilai setempat

Pendengar memahami penggunaan singkatan kata panggilan “prof” adalah merujuk kepada profesor.  Hal ini bermakna, ada individu yang berjawatan profesor hadir dalam peristiwa bahasa ini.

CONTOH 8:

Mana-mana perseorangan yang saya letakkan, itu saya anggap adalah yang terbaik dapat kami sediakan.

A)    Huraian

Ayat ini bermakna pemeran telah memberikan individu tertentu yang dianggap terbaik boleh dijadikan sebagai aktiviti yang bakal mereka jalankan.

B)    Konteks

Ayat ini diungkapkan semasa sesi pembahagian anggota polis yang akan menjadi pengiring kepada kumpulan yang telah sedia ada.  Sebanyak lima kumpulan yang ada dan masing-masing menerima seorang anggota polis sebagi pengiring dalam kumpulan mereka untuk aktiviti seterusnya.

C)    Sifat bahasa

Sifat bahasa ini adalah bersifat rasmi kerana diungkapkan dalam majlis rasmi.  Penggunaan kata kata ganti nama “saya” dan “kami” merupakan tanda penghormatan pemeran terhadap pendengar.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa ini dilihat ada pada pengungkapan keseluruhan ayat ini.  Susunan ayat yang dikesan telah mengugurkan kata majmuk pancangan gabungan “maka”.  Kata majmuk ini telah digantikan dengan tanda baca koma yang bermakna pemeran berhenti sekejap semasa menuturkan ayat ini.

E)    Nilai setempat

Hadirin menerima penggunaan kata ganti nama “saya” dan “kami” merujuk kepada diri Ketua Unit Komando 69 itu sendiri dan anggota polis yang bertugas di Kem Zabri itu.

CONTOH 9:

Kita juga akan bekalkan tenaga elektrik 24 jam.

A)    Huraian

Ayat ini diungkapkan semasa pemeran iaitu Ketua Unit Komando 69 memberikan taklimat mengenai kemudahan yang ada di Kem Zabri.  Pemeran memberitahu bahawa Kem Zabri akan membekalkan tenaga elektrik selama 24 jam.

 

B)    Konteks

Ayat ini diungkapkan semasa sesi taklimat mengenai kemudahan yang ada di Kem Zabri.  Taklimat ini telah diberikan oleh Ketua Unit Komanda 69 kepada peserta program.

C)    Sifat bahasa

Bahasa dalam ayat ini adalah bersifat rasmi.  Susunan ayat ini yang mempunyai subjek dan predikat ayat yang lengkap.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan ayat ini boleh dilihat dalam susunannya yang mempunyai subjek dan predikat ayat yang lengkap.

E)    Nilai setempat

Pendengar memahami bahawa tenaga elektrik di Kem Zabri dibekalkan selama 24 jam.

CONTOH 10:

Kita ada bekalkan ubat malaria.

A)    Huraian

Ayat ini menghuraikan bahawa pihak polis telah membekalkan ubat malaria untuk peserta.

B)    Konteks

Ayat ini dituturkan semasa pemeran memberi maklumat bahawa sebelum aktiviti ini dijalankan, setiap peserta telah dibekalkan dengan ubat malaria.

C)    Sifat bahasa

Bahasa ini bersifat rasmi.  Ayat yang diujarkan adalah ayat tunggal yang lengkap dengan subjek dan predikatnya.  Subjek ayat adalah “kita” dan predikatnya adalah frasa adjektif “ada bekalkan ubat malaria”.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa ini dikesan pada objek ayat ini iaitu ada frasa adjektifnya.  Objek frasa ini adalah “ubat malaria”.

E)    Nilai setempat

Pendengar yang mendengar ayat ini memahami bahawa pihak polis yang menggunakan kata ganti nama “kita” telah membekalkan ubat malaria kepada peserta program tersebut.

CONTOH 11:

Saya takut ranting mati, atau ranting-ranting yang rapuh.

A)    Huraian

Ayat ini membawa makna bahawa pemeran takut akan ranting kayu yang mati

atau ranting kayu yang telah rapuh.

B)    Konteks

Ayat ini dituturkan semasa pemeran memberikan taklimat akan halangan yang kemungkinan akan dihadapi oleh mereka semasa membuat aktiviti dalam hutan.  Perjalanan dalam hutan akan melalui kawasan yang mempunyai pokok yang rendang.  Pokok-pokok tersebut pula kemungkinan mempunyai ranting kayu yang mati dan rapuh.  Oleh itu, pemeran menyuarakan kerisauannya akan ranting kayu mati dan rapuh akan jatuh tanpa diduga dan mengena orang yang di bawah pokok tersebut.  Justeru, pemeran menasihati peserta supaya berhati-hati semasa melalui pokok yang mempunyai ranring pokok mati dan rapuh.

C)    Sifat bahasa

Bahasa ini bersifat rasmi kerana diujarkan dalam sesi taklimat.  Taklimat tersebut menerangkan mengenai aktiviti yang bakal peserta ikuti pada keesokkan hari di hutan berdekatan Kem Zabri.  Kata “ranting-ranting” menunjukkan bahawa kawasan yang bakal peserta lalui adalah kawasan hutan tebal yang mempunyai  banyak pokok dan kemungkinan ranting kayu mati dan rapuh akan jatuh mengena mereka.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa yang dapat dikesan dalam ayat ini adalah berdasarkan kepada ungkapan “ranting-ranting” di bahagian predikat ayat.  Ungkapan dianggap sebagai kekuatan ayat ini kerana pemilihan kata ganda ini membawa makna bahawa kawasan yang bakal peserta program lalui mempunyai banyak pokok yang beranting mati dan rapuh.

E)    Nilai setempat

Pendengar menerima penggunaan kata ganti pertama “saya” memandangkan status pemeran adalah sebagai Ketua Unit Komando 69 di Kem Zabri.  Pengungkapan “ranting mati” sebenarnya telah mengugurkan “kayu” di antara kata “ranting” dan “mati”.  Frasa yang sepatutnya adalah “ranting kayu mati”.

 

 

 

CONTOH 12:

Jangan risau, rumah yang kita duduk itu masih kuat lagi.

A)    Huraian

Ayat ini bermaksud rumah yang diduduki oleh penghuni Kem Zabri masih kukuh untuk diduduki oleh.  Pemeran menyakinkan peserta yang ada agar tidak khuatir kerana penginapan yang menempatkan peserta masih kukuh lagi.

B)    Konteks

Ayat ini diucapkan semasa taklimat berkenaan Kem Zabri diberikan oleh Ketua Unit Komando 69.  Ucapan beliau telah menyelitkan suasana penginapan di Kem Zabri di samping menyakinkan peserta bahawa “rumah” iaitu penginapan yang peserta duduki adalah kukuh.

C)    Sifat bahasa

Bahasa ini bersifat rasmi kerana diucapkan semasa sesi taklimat oleh pemeran iaitu Ketua Unit Komando 69 di Kem Zabri.  Bahasa ini disifatkan rasmi kerana penggunaan kata ganti nama jamak “kita” dan pemeran berusaha menyakinkan pendengar bahawa tempat pendengar menginap adalah selamat.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan pada bahasa ini boleh dikesan pada pengungkapan “masih kuat lagi”.  Pemeran berusaha menyakinkan bahawa tempat penginapan yang mereka duduki masih kuat lagi dan tidak perlu risau akan keselamatan mereka.

E)    Nilai setempat

Pendengar menerima pemeran menggunakan kata ganti nama “kita”.  Pada pendengaran pendengar, mereka menganggap penggunaan kata ganti nama ini lebih mesra dan selesa pada anggapan mereka.

CONTOH 13:

Tentukan pakaian masa jungle tracking, khas untuk jungle tracking.

A)    Huraian

Ayat ini menerangkan bahawa pakaian yang dipakai untuk aktiviti jungle-tracking mestilah sesuai dengan aktiviti lasak tersebut.

B)    Konteks

Ayat ini diungkapkan semasa taklimat oleh Ketua Unit Komando 69 mengenai aktiviti yang bakal mereka tempuhi pada hari seterusnya.  Taklimat diberikan pada malam hari sebelum hari aktiviti jungle-tracking diadakan.

C)    Sifat bahasa

Bahasa pada ayat ini bersifat rasmi.  Sifat rasmi itu boleh dilihat dalam pengungkapan kata “tentukan”.  Kata perintah ini mengarah peserta program supaya memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti lasak tersebut.  Berlaku pengguguran dalam ayat ini iaitu kata “adalah pakaian’ telah dihilangkan.  Sepatutnya, susunan ayat yang sepetutnya adalah “tentukan pakaian masa jungle-tracking, adalah pakaian khas untuk jungle tracking”.  Penghilangan “adalah pakaian” digantikan dengan tanda koma.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa ini dilihat pada pengungkapankata “tentukan” yang bermaksud untuk mengingatkan pendengar supaya mengikuti apa yang diperingatkan oleh pemeran.

E)    Nilai setempat

Pendengar memahami akan tujuan pemeran untuk mengingatkan peserta supaya memakai pakaian yang sesuai semasa aktiviti jungletracking.  Peserta dapat memahami bahawa aktiviti yang bakal mereka hadapi hari seterusnya memerlukan persediaan mental dan juga persediaan dari segi kelengkapan yang sesuai.

CONTOH 14:

Maklumat terkini, dianggarkan 30 gajah sedang menunggu anda di atas bukit.

A)    Huraian

Ayat ini adalah ayat penyata yang memberikan maklumat mengenai keadaan terbaru dalam hutan di sekeliling Kem Zabri.

B)    Konteks

Ayat ini diungkapkan dalam peristiwa bahasa di mana pemeran memberikan taklimat memberikan taklimat mengenai keadaan semasa di dalam hutan berdekatan Kem Zabri.

C)    Sifat bahasa

Bahasa ini adalah bahasa formal.  Ayat ini hanya sebagai sebuah makluman kepada pendengar akan situasi semasa dalam hutan berdekatan dengan Kem Zabri.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa dalam ayat ini dilihat dalam pengungkapan kata “dianggarkan”.  Kata ini menunjukkan bahawa jumlah yang diberitahu mungkin adalah kurang dan mungki juga adalah lebih daripada 30 ekor gajah.

 

E)    Nilai setempat

Pendengar memahami bahawa anggaran yang diberitahu oleh pemeran adalah sebagai amaran awal bahawa di sekeliling Kem Zabri tersebut masih ada lagi haiwan liar.  Oleh itu, mereka perlulah berhati-hati semasa bergerak ke mana-mana.

CONTOH 15:

Apapun, life jacket kena pakai.

A)    Huraian

Ayat ini membwa makna kepada pendengar supaya sentiasa memakai jaket keselamatan semasa menggunakan pengangkutan air iaitu bot.

B)    Konteks

Bahasa ini dituturkan dalam taklimat semasa pemeran memberitahu bahawa mereka perlu mamakai jaket keselamatan semasa menyusuri tasik untuk bergerak ke mana-mana.

C)    Sifat bahasa

Bahasa ini bersifat rasmi kerana melihat kepada konteks masa dituturkan adalah situasi rasmi.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan pada ayat ini boleh melihat kepada pengungkapan kata “kena”.  Kata ini biasanya dituturkan dalam bahasa yang tiak formal tetapi dlam situasi bahasa ini, kata ini diungkapkan supaya pendengar merasakan kemesraan yang diantara pemeran dan pendengar.

E)    Nilai setempat

Pendengar dapat menerima penggunaan kata asing dalam menyebut “jaket keselamatan” sebagai “life jacket”.  Pandangan pendengar dan pemeran penggunaan kata asing untuk merujuk kepada jaket keselamatan dapat diterima oleh semua yang mendengarnya.

CONTOH 16:

Setakat ni, apa-apa yang saya boleh tahu.

A)    Huraian

Ayat ini menghuraikan pemeran mahu mengetahui sama ada wujud atau tidak perkara yang tidak difahami oleh pendengar semasa sesi taklimat untuk program ke perkampungan orang asli pada hari seterusnya.

B)    Konteks

Ayat ini diungkapkan selepas pemeran iaitu Ketua Unit Komando 69 memberikan taklimat awal mengenai perkampungan orang asli yang akan dituju pada keesokkan harinya.

C)    Sifat bahasa

Bahasa ini bersifat rasmi kerana melihat kepada konteks masa dan peristiwa bahasa ini dituturkan. Konteks masa dituturkan adalah pemeran memberi pertanyaan semasa program rasmi iaitu sesi taklimat mengenai aktiviti pada keesokkan hari di perkampungan orang asli.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa ini dapat dilihat pada ungkapan “setakat ini”.  Kekuatan ini dilihat memberi kefahaman bahawa masih ada maklumat yang seterusnya lagi yang akan diberi tahu, tetapi pemeran mahukan pendengar menyuarakan pertanyaan untuk penerangannya sebelum pemeran memberikan penerangan lain.

E)    Nilai setempat

Pendengar secara amnya memahami maksud ayat pemeran ini dan reaksi pendengar apabila mendengar ayat ini adalah ada yang menggeleng dan ada juga yang mengangkat tangan untuk bertanyakan soalan.

CONTOH 17:

Siapa yang ada sakit jantung, asma, atau apa-apa yang boleh memudaratkan apabila berjalan jauh?

A)    Huraian

Ayat ini adalah ayat tanya yang dikemukakan oleh pemeran kepada peserta kursus yang akan menjalani aktiviti jungle-tracking pada hari seterusnya.

B)    Konteks

Pemeran mengucapkan ayat ini semasa sesi taklimat untuk aktiviti jungle-tracking pada keesokkan harinya.  Pemeran telah bertanya kepada peserta-peserta program tersebut sekiranya mempunyai penyakit seperti sakit jantung, asma atau sebarang penyakit yang boleh memudaratkan sekiranya melakukan aktiviti lasak.

C)    Sifat bahasa

Bahasa ini adalah bersifat rasmi kerana diujarkan semasa majlis rasmi iaitu majlis taklimat mengenai aktiviti jungle-tracking.  Ayat tanya ini ditandai dengan kata tanya “siapa” pada awal ayat.  Ayat tanya ini memerlukan tindak balas daripada pendengar yang mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan apabila melakukan aktiviti lasak.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa ini adalah pada penggunaan kata tanya yang pemeran gunakan.  Semua pendengar dapat menanggapi bahawa apabila daya tahan badan seseorang itu tidak dapat menanggung aktiviti lasak yang dilalui, kemungkinan organ dalaman akan mengalami keceredaan.  Justeru, pemeran mahukan kepastian sekiranya ada peserta yang telah mempunyai penyakit tidak digalakkan untuk melakukan jungletracking.

E)    Nilai setempat

Pendengar memahami bahawa pemeran perlu mengetahui sama ada di kalangan mereka ada yang mempunyai penyakit sakit jantung, asma atau lain-lain dan tidak sesuai untuk mengikuti aktiviti jungle-tracking.

CONTOH 18:

Sebelum nak tidur tu, bacalah apa yang patut.

A)    Huraian

Ayat ini dituturkan oleh pemeran untuk mengingatkan peserta supaya membaca doa sebelum tidur untuk mengelakkan ganggua yang tidak sepatutnya.

B)    Konteks

Ayat ini diujarkan semasa pemeran hendak mengakhiri taklimat beliau mengenai perkampungan orang asli yang bakal peserta temui.  Ayat ini merupakan peringatan kepada semua peserta program supaya tidak lupa untuk membaca doa sebelum tidur untuk mengelakkan gangguan yang tidak sepatutnya.

C)    Sifat bahasa

Bahasa ini bersifat rasmi kerana diungkapkan dalam majlis rasmi.  Pemeran menggunakan kata penegas “bacalah” sebagai peringatan kepada peserta supaya tidak lupa untuk membaca doa sebelum tidur.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan pada bahasa ini dilihat apabila pemeran menggunakan kata penegas”-lah” untuk menunjukkan bahawa doa sebelum tidur dapat membantu pembaca doa menjauhkan diri daripada gangguan-gangguan makhluk halus.

E)    Nilai setempat

Pendengar memahami bahawa pemeran hanyalah memperingatkan kepada peserta supaya tidak lupa membaca doa sebelum tidur.  Selain dari untuk mengelakkan gangguan-gangguan makhluk halus semasa tidur, dapat membantu peserta mengelakkan daripada terkejut semasa tidur diganggu.

 

 

 

CONTOH 19:

Lepas itu, macam anda nak jalan, macam anda nak jatuh, kita akan bagi esok.

A)    Huraian

Ayat ini membawa makna kepada pendengar bahawa taklimat mengenai aktiviti yang seterusnya akan diberikan pada hari yang seterusnya.

B)    Konteks

Pemeran iaitu Ketua Unit Komando 69 memberikan pernyataan diakhir ucapan beliau pada majlis malam tersebut.

C)    Sifat bahasa

Bahasa pada ayat ini adalah bersifat rasmi kerana diucapkan dalam majlis rasmi iaitu majlis sempena menyambut kedatangan peserta program Penyelidikan Luar Kampus yang diketuai oleh Profesor Madya Doktor Rohani Mohd Yusuf.  Pendengar ayat ini dapat menerima penggunaan kata ganti nama “anda” dan “kita” sebagai rujukan kepada pendengar dan juga pihak Kem Zabri.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan pada bahasa ini adlah menggunakan kata ganti nama formal iaiutu “anda”.  Kata ganti nama ini digunakan oleh pemeran untuk merujuk kepada peserta program dan juga pengiring-pengiring peserta.

E)    Nilai setempat

Pendengar memahami bahawa kata ganti nama “anda” merujuk kepada semua peserta program termasuklah pensyarah yang menjadi ketua program dan pengiring program iaitu pihak Polis Muzium.

 

CONTOH 20:

Kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas apa juga yang telah disampaikan pada adik-adik ini.

A)    Huraian

Ayat ini diujarkan oleh pengerusi majlis untuk mengucapkan terima kasih kepada Ketua Unit Komando 60 selepas beliau menyampaikan ucapan alu-aluan dan taklimat berkenaan aktiviti di Kem Zabri.

B)    Konteks

ayat ini dituturkan dalam majlis ucapan alu-aluan sempena kedatangan peserta program Penyelidikan Luar Kampus di Kem Zabri dan majlis ini dibuat pada waktu malam.

C)    Sifat bahasa

Bahasa ini bersifat rasmi kerana diucapkan pada majlis rasmi.  Pemeran iaitu pengerusi majlis menggunakan ungkapan “setinggi-tinggi” dalam memerikan nilai “terima kasih” kepada Ketua Unit Komando 69 walaupun “terima kasih” itu tidak dapat diukur.  Walau bagaimanapun orang yang ditujukan ucapan terima kasih ini berasa dihargai dengan ungkapan ini.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa dapat dilihat apabila dalam ungkapan “setinggi-tinggi terima kasih” yang diucapkan kepada Ketua Unit Komando 69.  Ungkapan ini dianggap sebagai kekuatan kepada bahasa ini apabila mengaitkan “setinggi-tinggi” dengan “terima kasih” kepada individu yang berucap sebelum pengerusi berucap.  Penghargaan yang diberikan merujuk kepada ketinggian yang maksimum untuk perasaan terima kasih semua peserta atas ucapan yang telah diberikan.

E)    Nilai setempat

Pendengar memahami bahawa penggunaan kata ganti nama pertama jamak “kami” merujuk kepada semua peserta program.  Rujukan kepada “adik-adik” ini adalah peserta kepada program tersebut.

4.0       ANALISIS BAHASA ATASAN

            Contoh yang diperolehi oleh penulis diambil berdasarkan perbualan oleh kurator muzium polis dan pegawai polis, dan pensyarah yang mengiringi peserta untuk program tersebut.  Selain daripada di atas, data untuk bahasa ini juga diperolehi daripada pemerhatian penulis melalui pengalamannya sendiri.  Berikut adalah contoh-contoh ayat yang diperolehi oleh penulis.

CONTOH 1:

Oh..u punya team?

A)    Huraian

Ayat ini merupakan antara perbualan antara pensyarah dengan pelajar.  team” yang dimaksudkan adalah kumpulan penyelidikan yang telah dipecahkan kepada lima kumpulan.  Penggunaan “u” adalah sebagai ganti kepada salah seorang pelajar pensyarah tersebut yang diajak berlawan cakap dengan pensyarah.

B)    Konteks

Ayat ini dituturkan oleh pensyarah semasa berada di perkampungan orang asli pada hari pertama di lokasi penyelidikan.  Pensyarah tersebut iaitu pemeran mahukan kepastian mengenai tugasan kumpulan pelajar.

C)    Sifat bahasa

Bahasa yang dituturkan oleh pensyarah tersebut adalah bahasa atasan.  Status pemeran iaitu pensyarah dan juga ketua kepada program tersebut menjadikan bahasa yang dituturkan mempunyai nilai status yang tinggi pada pendengaran orang lain.

D)    Kekuatan bahasa

D)    Kekuatan bahasa ini dilihat kepada pencampuran bahasa antara bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.  u” ringkasan kepada “you” yang bermakna “awak” dalam bahasa Melayu.  Bahasa Inggeris “team” pula bermakna “kumpulan” dalam bahasa Melayu.

E)    Nilai setempat

Pendengar iaitu orang yang dilawan cakap oleh pemeran mendengar ungkapan ini tanpa berasa janggal kerana pendapat mengenai orang kelas atasan akan bertutur bercampur-campur dalam menggunakan kata ganti nama diri.  Ada individu kelas atasan yang selesa membahasakan diri sebagai “i” atau “saya” dan ada yang menggunakan kata ganti nama diri “you” atau “awak”.  Pemilihan kata ganti nama adalah bergantung kepada keselesaan dan faktor status pemeran.

CONTOH 2:

Anak saya suka kucing.

A)    Huraian

Ayat ini dituturkan oleh isteri Kurator Muzium Polis yang juga berpangkat pegawai.  Pemeran menyatakan bahawa dia mempunyai anak yang juga sukakan kucing.

B)    Konteks

Ayat ini dituturkan semasa pemeran sedang berbual dengan pensyarah yang menjadi pengiring untuk program Penyelidikan Luar Kampus di Tasik Banding.  Isi perbualan mereka adalah berkenaan hal keluarga masing-masing.

C)    Sifat bahasa

Walaupun bahasa ini dituturkan dalam keadaan santai, bahasa ini dituturkan oleh golongan atasan dan bahasa ini adalah bahasa atasan.  Melihat kepada struktur bahasa ini, ayat bahasa ini adalah ayat tunggal.  “saya” adalah subjek ayat dan “juga suka kucing” merupakan predikat ayat.  Ayat ini ringkas tetapi lengkap dengan subjek dan predikat ayat.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa ini boleh dikesan pada pernyataan seorang ibu apabila bersembang mengenai anak sendiri dengan orang yang bukan ahli keluarga.  Pengucapan turut diiringi dengan nada suara yang rindukan anak sendiri.

E)    Nilai setempat

Individu yang dilawan cakap melihat bahawa penggunaan kata ganti nama “saya” sebagai kata yang sopan dan mesra kerana menceritakan mengenai haiwan kesukaan anaknya sendiri.

 

 

CONTOH 3:

Saya kena ke Kuching balik, lepas ni, ok.

A)    Huraian

Ayat ini menerangkan bahawa pemeran akan ke Kuching semula walaupun baru sahaja pergi ke Kuching dalam tempoh masa yang terdekat sebelum ayat ini dituturkan.  Tambahan pemeran lagi, selepas balik dari Kuching, pemeran sedia untuk berjumpa dengan individu yang dilawan cakap itu.

B)    Konteks

Ayat ini dituturkan oleh pensyarah yang sedang berbual dengan pegawai polis.  Pensyarah tersebut menuturkan ayat ini apabila pegawai polis tersebut menyatakan hasrat untuk membuat temujanji dengan pensyarah tersebut.  Perbualan ini berlaku semasa mereka dalam perjalanan masuk ke perkampungan orang asli.

C)    Sifat bahasa

Bahasa yang dituturkan oleh pemeran adalah bahasa atasan.  Kedudukan bahasa tersebut adalah terletak kepada siapa yang menuturkannya.  Susunan ayat yang turut bercampur dengan bahasa slanga “ok”.  ok” adalah ringkasan kepada “okay” dalam bahasa Inggeris.  Penggunaan kata ini mengikut gaya pertuturan semasa yang mana penutur masa kini lebih gemar menggunakan kata ini untuk tujuan bersetuju akan sesuatu perkara.  Dalam ayat ini, kata “ok  membawa maksud pemeran bersetuju untuk berjumpa dengan pegawai polis tersebut selepas balik dari Kuching.

 

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa yang dikesan adalah melalui penggunaan kata ganti nama “saya” yang dilihat lebih bersopan dan beretika.  Penggunaan kata “ok  juga dilihat sebagai d)    Kekuatan bahasa walaupun kata tersebut adalah ringkasan kepada bahasa Inggeris “okay”.

E)    Nilai setempat

Pendengar memahami kata yang digunakan adalah bermaksud pemeran menyatakan persetujuan bahawa pemeran mempunyai masa untuk temujanji dengan pendengar selepas pemeran balik dari Kuching.  Kata pinjaman “ok” dapat diterima dan difahami oleh pendengar.

CONTOH 4:

Awak rajin hantar ke?

A)    Huraian

Ayat ini diujarka semasa pemeran menanyakan pertanyaan kepada pendengar untuk mengetahui sama ada pendengar tersebut rajin untuk menghantar bekalan makanan tersebut atau tidak.

B)    Konteks

Ayat ini dituturkan semasa pemeran dan pendengar berada di kawasan perkampungan orang asli dan berbincang mengenai bekalan makanan yang perlu dihantar kepada peserta program untuk makanan tengah hari mereka.  Pertanyaan ini dikemukakan oleh pensyarah kepada Ketua Unit Komando 69. 

C)    Sifat bahasa

Bahasa ini adalah bahasa atasan apabila melihat kepada status pemeran dengan status pendengar tersebut.  Walaupun menggunakan tanda baca tanya, dan kata yang bersifat tidak formal, ayat ini masih lagi merupakan bahasa atasan.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan pada bahasa ini dikesan ada penggunaan kata “ke” di akhir ayat.  Walaupun kata ini hanya terletak pada hujung ayat, namun kata ini adalah pengganti kepada kata partikel “-kah”.  Kata partikel ini sebagai kata penegas dalam predkiat ayat ini.

E)    Nilai setempat

Pendengar memahami bahawa pemeran bertanya kepada pendengar sama ada pendengar rajin untuk menghantar bekalan makanan tersebut atau tidak.  Status pemeran menjadi bahasa yang dituturkan adalah bahasa atasan.  Penggunaan kata ganti nama kedua “awak” adalah merujuk kepada pendengar.  Walaupun pendengar berjawatan pegawai di Unit Komando 69 dan setaraf dengan pemeran, perbualan mereka adalah kedengaran formal.  Selain itu, penggunaan kata-kata yang dipilih adalah berasaskan kepada perasaan hormat akan individu yang dilawan cakap.

CONTOH 5:

Kita dah lama tak jumpa dengan Kak Mun lepas mak kita meninggal.

A)    Huraian

Ayat dia di atas dituturkan dalam perbualan telefon dengan kenalan lama yang tidak ditemui lagi selepas ibu kepada pemeran meninggal dunia.  Ayat ini adalah berdasarkan perbualan telefon antara pemeran dengan pendengar yang bernama Kak Mun.

B)    Konteks

Ayat ini dituturkan semasa pemeran iaitu pensyarah menerima panggilan telefon dari orang bernama Kak Mun.  Antara perbualan mereka adalah berkisar kepada mereka sudah lama tidak berjumpa dalam tempoh masa yang lama, iaitu selepas ibu pemeran telah meninggal dunia.

C)    Sifat bahasa

Bahasa yang dituturkan oleh pemeran adalah bahasa atasan apabila melihat kepada status pemeran sebagai pensyarah pengiring kepada program tersebut.  Selain itu, pemeran menggunakan bahasa yang mesara kepada pendengar sebagai menunjukkan bahawa pemeran gembira menerima panggilan telefon daripada pendengar iaitu Kak Mun  disebabkan mereka telah lama tidak berjumpa pada tempoh masa yang lama.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan pada bahasa ini dilihat penggunaan kata ganti nama pertama jamak “kita” yang digunakan oleh pemeran.  Kata ganti  nama ini biasanya mewakili lebih daripada seorang pemeran.  Walau bagaimanapun dalam ayat ini, penutur menggunakan kata ganti nama ini sebagai mewakili kepada dirinya sendiri.  Kata ganti nama ini dianggap lebih mesra dengan Kak Mun.

E)    Nilai setempat

Nilai setempat pada bahasa ini dilihat berdasarkan kepada pandangan pendengar lain terhadap bahasa yang dituturkan oleh pemeran.  Walaupun status pemeran adalah tinggi, pemeran menggunakan kata ganti nama pertama “kita” apabila bercakap dengan ahli keluarganya.  Keadaan ini menunjukkan bahawa walaupun pemran berstatus tinggi, pemeran mengguanakan kata kata ganti ini bersifat mesra.

CONTOH 6:

Jadi, dia ni anak siapa sebenarnya?

A)    Huraian

Ayat ini dituturkan oleh pemeran yang bermakna pertanyaan kepada pendengar untuk mengetahui ibu baa kepada “anak” yang dijadikan sebagai subjek perbualan mereka.

B)    Konteks

Ayat ini dibualkan semasa pemeran iaitu seorang pensyarah menerima panggilan telefon dari Kak Mun.  Kak Mun bercerita mengenai seorang “anak” dan pensyarah tersebut bertanya kepada Kak Mun untuk mengetahui ibu bapa si “anak” yang menjadi subjek perbualan mereka.

C)    Sifat bahasa

Bahasa yang dituturkan oleh pemeran dengan Kak Mun adalah bahasa golongan atasan.  Walaupun penggunaan bahasa yang dipilih adalah bahasa yang lazim digunakan oleh masyarakat, status pemeran menjadikan bahasa yang dituturkan adalah bahasa atasan.   Ayat tanya ini dituturkan untuk meminta kepastian daripada Kak Mun mengenai ibu bapa si “anak” yang disebut oleh Kak Mun.

 

 

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa yang dikesan dalam bahasa ini adalah penggunaan kata tanya “siapa” pada hujung ayat.  Walaupun ayat ini adalah ayat tanya, pemeran mehukan kesimpulan bahawa “anak” yang dibualkan adalah anak kepada siapa.

E)    Nilai setempat

Kak Mun sebagai pendengar memberikan tindak balas kepada pertanyaan pemeran dengan menjawab pertanyaan pemeran tersebut.  Pertanyaaa yang ditandai dengan kata tanya “siapa” pada penghujung ayat perlu dijawwab dengan meletakkan nama-nama individu tertentu.

CONTOH 7:

Mana Kak Mun dapat nombor kita?

A)    Huraian

Ayat di atas diturutkan oleh pemeran untuk mengetahui akan cara Kak Mun mendapatkan nombor telefon pemeran.

B)    Konteks

Ayat ini dituturkan dalam perbualan telefon antara pemeran iaitu pensyarah yang menerima panggilan telefon daripada Kak Mun.  Panggilan telefon diterima semasa pemeran dalam perjalanan ke perkampungan orang asli di Tasik Banding, Perak.

C)    Sifat bahasa

Bahasa ini adalah bahasa atasan kerana pemeran bahasa ini adalah golongan intelektual iaitu golongan atasan.  Semasa bercakap dengan Kak Mun yang merupakan ahli keluarga sendiri, pemeran telah menggunakan kata ganti nama “kita” sebagai rujukan kepada dirinya sendiri.  Penggunaan kata ganti nama ini adalah melihat kepada hubungan kekeluargaan antara pemeran dan Kak Mun.  Kata ganti nama ini lebih bersifat mesra pada pandangan masyarakat yang menggunakan kata ganti nama “kita” sebagai rujukan kepada diri sendiri.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa ini dikesan melalui penggunaan kata tanya “mana” yang bermakna asal-usul cara nombor telefon tersebut diperolehi oleh Kak Mun.  Jawapan yang diberikan oleh Kak Mun kemungkinan adalah nama tempat atau nama perseorangan.  Ungkapan “nombor kita” pula adalah merujuk kepada nombor telefon bombit pemeran.

E)    Nilai setempat

Penulis melihat penggunaan ungkapan “nombor kita” pada bahasa yang dituturkan oleh pemeran merujuk kepada sikap pemeran yang tidak akan memberikan nombor telefon secara sewenang-wenangnya kepada orang lain.  Justeru itu, beliau telah bertanya kepada Kak Mun akan cara Kak Mun memperolehi nombor telefon pemeran.

CONTOH 8:

Terima kasih banyak-banyaklah sebab tolong kita.

A)    Huraian

Ayat ini dituturkan oleh pemeran kepada pegawai polis dari Muzium Polis apabila mereka hendak berpisah selepas program Penyelidikan Luar Kampus hampir berakhir.

B)    Konteks

Bahasa ini dituturkan oleh pemeran iaitu pensyarah yang mengetuai program penyelidikan kepada pegawai  polis yang terbabit dalam penyelidikan di perkampungan orang asli di Tasik Banding.

C)    Sifat bahasa

Bahasa yang digunakan oleh pemeran adalah bahasa atasan.  Melihat kepada penutur bahas tersebut adalah pensyarah yang mempunyai gaya hidup kelas atasan, bahasa yang lazim digunakan adalah bahasa golongan atasan.  Kata ganti nama pertama jamak “kita”, mewakili semua peserta program yang terlibat.  Oleh itu, pemeran adalah wakil kepada semua peserta program terutamanya peserta dari Universiti Malaya.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa ini dilihat kepada penggunaan ungkapan “terima kasih” kepada pihak Polis Muzium atas pertolongan yang diberikan kepada mereka sepanjang program mereka di Tasik Banding.  Perasaan menghargai atas jasa baik pihak Polis Muzium oleh pemeran dibalas dengan ucapan “terima kasih” atas bantuan yang diberikan oleh Polis Muzium.

E)    Nilai setempat

Pendengar menerima penggunaan kata ganti nama “kita” sebagai kata yang mewakili semua peserta rogram dari Universiti Malaya dan ucapan tersebut ditujukan untuk semua pihak Polis Muzium.

 

 

 

CONTOH 9:

Saya tak ada apa nak cakap…tapi kami ada buat booth untuk jualan buku-buku pensyarah.

A)    Huraian

Ayat di atas dituturkan oleh pensyarah yang terlibat dengan program Festival Akademi Pengajian Melayu yang terlibat secara langsung.  Perbualan ini diambil berdasarkan perbualan pensyarah tersebut dengan orang luar yang mahu  membuka gerai semasa festival tersebut berlangsung.

B)    Konteks

Ayat ini dituturkan apabila pemeran bertemu dengan peniaga dari luar yang mahu membuka gerai di Akademi Pengajian Mekayu sepanjang festival berlangsung.  Pensyarah tersebut menyatakan bahawa gerai untuk jualan buku-buku peribadi pensyarah akan diadakan juga selain daripada gerai jualan buku yang dibuka oleh setiap jabatan.

C)    Sifat bahasa

Bahasa yang dituturkan adalah bahasa atasan.  Penentuan bahasa atasan ini adalah melihat kepada status pemeran yang merupakan pensyarah di Akademi Pengajian Melayu.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan pada bahasa yang oleh pemran melihat kepada campuran bahasa yang digunakan iaitu menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.  Kata “booth” adalah kata dari bahasa Inggeris yang merujuk kepada gerai atau pondok yang akan dibuka untuk tujuan-tujuan tertentu.

E)    Nilai setempat

Penerimaan pendengar iaitu apabila mengetahui ada “booth” lain yang dibuka adalah merasa lebih semangat kerana sepanjang pendengar membuat gerai jualan nanti, akan ada “booth” lain.  Keadaan ini memberikan gambaran bahawa festival tersebut adalah sangat meriah.  Seterusnya pengunjung adalah ramai dan jualan pendengar itu untuk laris adalah tinggi.

CONTOH 10:

Encik, encik nak ke mana?

A)    Huraian

Ayat ini dituturkan semasa pemeran bertanya kepada tetamunya untuk mengetahui akan hala tuju “encik” dengan tujuan untuk membantu menolong “encik” tersebut dengan memberikan panduan cara untuk ke tempat yang dituju.

B)    Konteks

Ayat ini dituturkan oleh pensyarah yang mahu memberikan bantuan kepada orang kurang upaya yang kelihatan masih baru dengan suasana di Akademi Pengajian Melayu.

C)    Sifat bahasa

Bahasa yang digunakan adalah bahasa atasan kerana dituturkan oleh pemeran yang berjawatan pensyarah di Akademi Pengajian Melayu.  Pemeran menggunakan kata panggilan “encik” untuk orang kurang upaya tersebut sebagai tanda menghormati orang kurang upaya tersebut dan sedia membantu untuk menunjukkan jalan ke tempat yang hendak dituju oleh orang kurang upaya tersebut.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan pada bahasa ini dikesan pada ungkapan kata tanya pada hujung ayat ini.  Pemeran menggunakan bahasa yang sopan dengan menggunakan kata panggilan “encik” sebagai menunujukkan bahawa pemeran menghormati orang kurang upaya tersebut.

E)    Nilai setempat

Orang kurang upaya tersebut yang mendengar penggunaan kata panggilan “encik” ditujukan pada dirinya akan merasa selesa dan memberikan jawapan terhadap pertanyaan pemeran tersebut.

CONTOH 11:

U dah pernah pergi ke sana ka?

A)    Huraian

Ayat ini adalah ayat tanya tertutup yang menghendaki pendengar memberikan jawapan “ya” atau “tidak”.  “sana” dalam ayat ini merujuk kepada Kuching iaitu tempat yang akan dituju oleh pemran dalam masa terdekat lagi.

B)    Konteks

Ayat ini ditujukan kepada pegawai polis yang diajak berbual oleh pensyarah iaitu pemeran.  Perbualan ini berlaku semasa pensyarah tersebut sedang menunggu di jeti bot untuk masuk ke perkampungan orang asli.

C)    Sifat bahasa

Bahasa yang dituturkan adalah berc)    Sifat bahasa atasan.  Status pemeran adalah orang penting dalam program tersebut dan juga berjawatan pensyarah menjadikan bahasa yang digunakan adalah bahasa yang mempunyai kelas atasan pada pendangan masyarakat yang mendengar.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan pada bahasa ini dilihat dalam ungkapan oleh pemeran “u”, “dah”, dan “ka”.  Semua kata ini adalah ringkasan kepada “you”, “sudah” dan “-kah”.  Kata partikel “-kah” merupakan kata yang diletakkan pada hujung ayat sebagai penanda kepada ayat tanya yang dituturkan oleh pemeran.

E)    Nilai setempat

Masyarakat menerima penggunaan kata ganti nama “u” sebagai kata ganti nama yang lazim dan digunakan untuk  merujuk kepada orang yang dilawan cakap.

CONTOH 12:

Awak, kita pernah jumpa kat mana ye?

A)    Huraian

Ayat ini dituturkan oleh pemeran yang mahukan kepastian sama ada pemeran dengan orang yang dilawan cakap pernah berjumpa atau tidak.

B)    Konteks

Ayat ini berlaku dalam satu peristiwa bahasa di mana pemeran telah bertemu dengan seseorang seperti pernah ditemui sebelum pertemuan tersebut.  Pemeran bertanya kepada orang tersebut untuk meminta kepastian sama ada mereka pernah bertemu sebelum itu atau tidak.

C)    Sifat bahasa

Bahasa ini adalah bahasa atasan apabila melihat kepada pemeran yang berstatus tinggi dalam Akademi Pengajian Melayu telah menuturkan bahasa ini apabila bertemu dengan orang yang seperti dikenalinya.  Disebabkan tidak pasti akan nama orang tersebut, pemeran menggunakan kata ganti nama kedua “awak” dahulu sebagai permulaan untuk bertanyakan di mana mereka pernah bertemu sebelum ini.  Kata ganti nama jamak “kita” adalah merujuk kepada pemeran dan juga individu yang dilawan cakap itu.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan pada bahasa ini dilihat pada permulaan kata ini, iaitu pemilihan kata ganti nama kedua “awak” sebagai kata permulaan untuk menegur orang yang dirasakan hampir dikenalinya itu.  Pendengar kepada kata ini akan merasa bahawa orang tersebut memanggilnya dan menoleh untuk memastikan sama ada pemeran bertanyakan soalan itu kepadanya atau tidak.

E)    Nilai setempat

Masyarakat melihat kepada penggunaan kata ganti nama “awak” adalah suatu yang biasa dan merujuk kepada orang yang dilawan cakap.  Pemeran kata ganti nama ini biasanya menggunakan ke atas orang yang kurang dikenali dan dianggap kata ganti yang sopan apabila menggunakannya.

CONTOH 13:

Kita perlu ingat kita pernah membuat usul ini bersama-sama, bersusah bersama-sama, menjayakannya bersama-sama…tapi apa yang kita dapat?

A)    Huraian

Ayat ini membawa makna bahawa “usul” adalah cadangan yang dibuat dan dirancang bersama-sama untuk diusahakan bersama-sama tetapi akhirnya tidak mendapat faedah yang bersama-sama.  Ungkapan terakhir “tapi apa yang kita dapat” membawa maksud bahawa usaha bersama-sama tersebut tidak mendatangkan faedah bersama-sama.  Hanya pihak atau individu tertentu yang mendapat faedahnya.

B)    Konteks

Ayat ini di perolehi dalam satu mesyuarat yang terdiri daripada ahli-ahli lembaga sebuah syarikat perkapalan terkemuka.  Salah seorang ahli lembaga pengarah telah membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap ketidak adilan yang diperoleh dalam satu projek syarikat.

C)    Sifat bahasa

Bahasa yang digunakan adalah bahasa atasan.  Status pemeran telah menjadikannya sebuah bahasa atasan.  Selain itu, isi kandungan perbualan iaitu penggunaan kata “usul” akan dilihat sebagai satu kata yang biasa digunakan oleh orang-orang tertentu yang mempunyai jawatan penting dalam sesebuah organisasi.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa ini dapat dilihat apabila pemeran menggunakan kata-kata yang khas dan tidak digunakan di luar syarikat selain daripada untuk urusan syarikat sahaja.  Pengulangan ungkapan “bersama-sama” menunjukkan bahawa segala usaha mereka sebelum ini dibuat bersama-sama tetapi akhirnya, segala faedah hanya diperolehi oleh satu pihak sahaja.

E)    Nilai setempat

Penerimaan ahli mesyuarat terhadap pernyataan pemeran ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini.  Pemeran mengeluarkan pernyataan ini bercampur dengan perasaan marah terhadap pihak yang mendapat faedah lebih banyak daripada pihak lain.  Pemeran memilih menggunakan kata ganti nama “kita” sebagai rujukan bahawa semua ahli lembaga pengarah yang ada dalam mesyuarat tersebut sebenarnya mengalami nasib yang sama.  Tidak mendapat manfaat atas usaha sama mereka selama ini dan hanya pihak tertentu sahaja yang memperolehi manfaat tersebut.

CONTOH 14:

Tak perlulah Datuk nak berdolak lagi..kami cuma mahukan hak kami, kebajikan kami, di ambil berat.

A)    Huraian

Ayat ini dituturkan dalam suasana yang tegang oleh salah seorang ahli mesyuarat dalam perjumpaan dengan ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan tertentu.  Contoh yang diambil berdasarkan kepada  yang mempunyai ayat larangan, dan juga ayat pernyataan merupakan ayat yang dikeluarkan oleh salah seorang wakil kampung.

B)    Konteks

Ayat ini dituturkan dalam satu perjumpaan antara rakyat dengan ahli Dewan Undangan Negeri yang berpangkat Datuk dan contoh ini diperolehi berdasarkan apa yang diperkatakan oleh wakli kampung tersebut.  Secara kebetulan wakil kampung yang mengeluarkan pernyataan ini adalah berjawatan pensyarah di Kolej Komuniti Banting.  Pernyataan yang dinyatakan ini adalah melihat kepada taraf pendidikan pemeran yang lebih tinggi berbanding dengan penduduk kampung lain.

C)    Sifat bahasa

Bahasa yang dijadikan contoh ini adalah bahasa atasan.  Bahasa atasan ini dituturkan oleh individu yang mempunyai pendidikan tinggi dan juga berjawatan.  Oleh itu bahasa yang digunakan adalah bahasa atasan.  Pemilihan kata ganti nama “kami” adalah mewakili kepada semua penduduk kawasan tempat “Datuk” menjadi wakil rakyat.  Gelaran “Datuk” pula digunakan kerana melihat kepada status orang yang dituju ayat tersebut mempunyai gelaran “Datuk”.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa yang dikesan pada ayat ini dilihat melalui penggunaan kata ganti nama dan kata gelaran yang tepat iaitu “kami” sebagai merujuk seluruh penduduk kawasan dan juga “Datuk” untuk merujuk kepada pangkat individu yang diajak bercakap.

E)    Nilai setempat

Masyarakat yang mendengar ayat ini memahami bahawa kata ganti nama “kami” adalah merujuk kepada dir mereka sendiri iaitu penduduk di kawasan tempat “Datuk” tersebut menjadi wakil rakyat.  Masyarakat juga memahami bahawa panggilan “Datuk” adalah merujuk kepada gelaran yang telah dikurniakan kepada wakil rakyat tersebut.

CONTOH 15:

Jadi, Encik nak jual atau tak saham Encik?

A)    Huraian

Ayat ini merupakan pertanyaan kepada seorang individu yang berpangkat pegawai pengurusan dalam sebuah syarikat urusan pembelian dan penjualan saham.  Pertanyaan ini dikemukakan apabila pegawai tersebut mahukan keputusan daripada pelanggan berkenaan hal untuk menjual saham pelanggan tersebut atau tidak.

B)    Konteks

Ayat ini merupakan contoh yang diperolehi daripada sedutan drama televisyen.  Ekonomi yang tidak menentu telah mempengaruhi kepada pergerakan dalam urusan saham di negara.  Justeru ada pelabur yang mahu menjual saham mereka dan ada yang tidak berbuat demikian.  Pertanyaan yang dikemukakan oleh pegawai pengurusan terhadap pelanggannya adalah bertujuan untuk mendapatkan keputusan dari pelabur sendiri sama ada hendak menjual saham yang pada pelabur itu atau tidak.

C)    Sifat bahasa

Bahasa yang diujarkan adalah bahasa atasan.  Bahasa ini adalah bahasa atasan kerana dituturkan oleh pegawai pengurusan yang bekerja di syarikat saham.  Pergaulan dengan pelbagai lapisan masyarakat telah menyebabkan pemeran mempunyai bahasa yang tersendiri dan pemilihan bahasanya adalah berdasarkan kepada status dirinya yang dirasakan telah mempunyai kelas yang istimewa.  Kata panggilan “Encik” yang digunakan menunjukkan bahawa kelas sosial pemeran adalah tinggi dan menghormati semua pelanggannya dengan mengambil kira gelaran tertentu untuk mengelakkan salah faham berlaku.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan pada bahasa ini dilihat berdasarkan kepada penggunaan kata panggilan “Encik” yang merujuk kepada orang yang dilawan cakap oleh pemeran.  Selain itu, kekuatan pada bahasa atasan ini dilihat dari segi susunan ayat yang memerlukan jawapan sama ada “ya” atau “tidak” kepada penyoal.

E)    Nilai setempat

Pendengar kepada soalan ini memahami yang jawapan yang patut diberikan adalah “ya” atau “tidak”.  Pendengar menerima pemeran membahasakan diri pendengar sebagai “Encik” sebagai tanda sopan kepada pendengar oleh pemeran.

CONTOH 16:

Hari ni syarikat saya terima sorang eksekutif baru.

A)    Huraian

Ayat ini menghuraikan mengenai pernyataan oleh seorang pengarah syarikat yang telah menerima seorang pekerja baru.  Ayat ini diambil dari perbualan drama dan melibatkan perbualan dua orang pengarah yang mempunyai syarikat berlainan.  Salah seorang yang berbual telah menyatakan bahawa syarikat tempat dia bekerja telah menerima seorang eksekutif baru.

B)    Konteks

Ayat ini dituturkan oleh pengarah sebuah syarikat yang sedang berbual dengan kenalannya dari syarikat lain.  Perbualan ini berlaku apabila mereka dalam perjalanan untuk makan tengah hari bersama.  Perbuakan mengenai pekerja baru yang memulakan hari pertama bekerja di syarikat seorang daripada mereka.

 

 

C)    Sifat bahasa

Bahasa yang dituturkan adalah bahasa atasan.  Status pemeran yang merupakan seorang pengarah di syarikat membiasakan diri pemeran menggunakan kata ganti nama “saya”.  Walau bagaimanapun, pemeran masih menggunakan bahasa ringkas “sorang” untuk melambangkan bahawa syrikat tempat pemeran bekerja menerima seorang pekerja baru.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa dalam ayat ini dilihat dalam penggunaan kata “sorang” yang membawa makna kepada pendengar “seorang” dalam kata penuh.  Walaupun “sorang” adalah kata yang menjadi slang kepada pemeran, masyarakat dapat menerimanya sebagai makna “seorang”.

E)    Nilai setempat

Penerimaan masyarakat terhadap penggunaan kata “sorang” membawa maksud kepada satu individu.  Penggunaan kata ganti nama “saya” pula diterima sebagai kata yang mewakili diri sendiri dan kata ganti nama yang disifatkan lebih sopan berbanding kata ganti nama “aku”.

CONTOH 17:

Kami akan cuba sedaya kami supaya syarikat encik tak kecewa atas perkhidmatan kami.

A)    Huraian

Ayat ini membawa makna bahawa “kami” akan mencuba sedaya upaya supaya syarikat “encik” yang menggunakan perkhidmatan “kami” tidak akan kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan kepada “encik”.  Perbualan ini diambil dari petikan novel bertajuk “Seribu Kali Sayang” oleh Anis Ayuni.

B)    Konteks

Ayat ini merupakan perbualan antara dua pihak syarikat yang sedang melakukan kerjasama untuk projek pembinaan menara syarikat persendirian.  Perbincangan untuk kerjasama ini dibuat dalam pejabat syarikat “encik”.  Ayat ini dituturkan oleh pemeran yang berusaha untuk memujuk “encik” supaya percaya terhadap perkhidmatan yang akan diberikan kepada syarikat “encik”.

C)    Sifat bahasa

Sifat bahasa ini adalah bahasa atasan.  Status pemeran yang merupakan salah seorang ketua pengurusan  menjadikannya sebagai orang yang penting dalam syarikatnya dan meletakkan statusnya sebagai orang kelasa atasan.  Oleh itu, bahasa yang dituturkannya adalah bahasa atasan.  Contoh ini telah menggunakan kata ganti nama “kami” sebagai rujukan kepada pihak syarikat pemeran yang menawarkan perkhidmatan terbaik kepada syarikat “encik”.  Kata panggilan “encik” pula merujuk kepada pendengar yang merupakan individu yang dianggap penting untuk syarikat “kami”.  Kata panggilan ini digunakan sebagai menghormati akan individu yang diajak bercakap.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan pada bahasa ini adalah melihat kepada penggunaan ungkapan kata pujukan supaya syarikat “encik” tidak kecewa kerana menggunakan perkhidmatan syarikat “kami” iaitu “akan cuba sedaya upaya”.  Ungkapan ini merupakan satu akur janji oleh pemeran untuk memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada syarikat “encik”.

E)    Nilai setempat

Penggunaan kata ganti nama “kami” dalam contoh ini dapat difahami dengan mudah bahawa “kami” merujuk kepada pihak syarikat yang menawarkan perkhidmatan terbaik kepada syarikat “encik” itu.  Rkata ringkasan “tak” pula adalah ringkasan kepada “tidak”.

CONTOH 18:

Maafkan i, i tak sangka syarikat akan hadapi masalah ni.

A)    Huraian

Ayat ini merupakan ungkapan maaf daripada “i” atas kesilapan yang telah dilakukan dan menyebabkan syarikat menjadi mendapat masalah yang berpunca daripada kecuaian pemeran.

B)    Konteks

Ayat ini dituturkan dalam pejabat sebuah syarikat ini dibualkan pada waktu pejabat. Pemeran menyatakan bahawa dia tidak menyangka kesilapannya akan menyebabkan syarikat tempat dia dan orang yang mendengar mengalami masalah.

C)    Sifat bahasa

Bahasa yang digunakan adalah bahasa atasan.  Pemeran adalah anak kepada keluarga yang kaya.  Tutur kata pemeran adalah dipengaruhi oleh kelazimannya berbahasa dengan masyarakat sekeliling.  Bermula dari rumah pemeran telah biasa menggunakan kata ganti nama “i”.  Justeru, pertuturan di luar rumah juga dipengaruhi oleh pertuturan di dalam rumah.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa atasan pada contoh ini dilihat dalam penggunaan ungkapan “syarikat” dan kata ganti nama pertama “i”.  Penggunaan kata nama syarikat menunjukkan bahawa syarikat tempat pemeran bekerja adalah sebuah syarikat besar.  Selain itu, penggunaan kata ganti nama “i” pula adalah melihat kepada latar peribadi pemeran yang telah biasa menggunakan kata ganti nama ini semasa bertutur.

E)    Nilai setempat

Masyarakat setempat menerima penggunaan kata ganti nama “i” sebagai kata yang merujuk kepada diri pemeran.  Golongan atasan laimnya ada lebih cenderung menggunakan kata ganti nama pertama ini sebagai lambang status mereka.

CONTOH 19:

Kalau u ada masa, malam ni kita dinner dengan keluarga Datuk Rahman.

A)    Huraian

Contoh ini adalah perbualan dari drama televisyen.  Ayat ini bermakna pernyataan pemeran untuk mengajak orang yang diajak bercakap dan supaya menemaninya makan  malam di rumah keluarga Datuk Rahman.

B)    Konteks

Ayat ini dituturkan oleh pengarah syarikat yang mengajak setiausahanya untuk menermaninya makan malam di rumah keluarga Datu rahman pada malam tersebut sekiranya ada masa.  Perbualan ini dikeluarkan semasa waktu pejabat lagi.

C)    Sifat bahasa

Bahasa ini adalah bahasa atasan.  Penutur bahasa ini merupakan pengarah syarikat dan pemeran meminta setiausahanya menemaninya memenuhi jemputan makan malam di rumah keluarga Datuk Rahman.  Kata ganti nama kedua bahasa Inggeris “u” digunakan untuk ditujukan kepada setiausahanya.  Kata ganti nama ini lebih selesa digunakan kerana pertuturan harian pemeran telah biasa menggunakan kata ganti nama “i” dan “u” didorong oleh status pendidikan pemeran tersebut.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan pada bahasa tersebut adalah terletak pada penggunaan kata yang bercampur-campur dengan kata asing iaitu “u”, “kita” dan “dinner”.  Kata ganti nama ini dilihat sebagai pengaruh daripada latar sosial, pendidikan dan latar keluarga.

E)    Nilai setempat

Penerimaan masyarakat setempat terhadap bahasa ini adalah melihat kepada penggunaan bahasa Inggeris dalam bahasa pemeran.  Pemeran menggunakan bahasa asing dalam bahasanya iaitu “u” dan “dinner” yang bermakna “awak” dan “makan malam” dalam bahasa Melayu.  Penggunaan kata ini dilihat sebagai lebih komersial dan lebih berstatus tinggi daripada menuturkan “makan malam” di depan masyarakat.

 

CONTOH 20:

Terima kasih Datuk, sebab sudi merasmikan majlis kami.

A)    Huraian

Contoh ini dituturkan oleh oleh pengerusi majlis dalam perbualan antara pemeran dengan orang berpangkat Datuk.  Pemeran iaitu pengerusi majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian Datuk merasmikan majlis.

B)    Konteks

Contoh ini diperolehi dalam novel “Seribu Kali Sayang” oleh Anis Ayuni.  Perbualan ini berlaku semasa pemera menghantar Datuk ke keretanya selepas majlis pelancaran produk terbaru syarikat pemeran.  Pemeran adalah berjawatan pengarah dalam penghasilan produk tersebut.

C)    Sifat bahasa

Bahasa dalam contoh ini adalah bahasa atasan.  Pemeran walaupun telah mempengurusikan majlis pelancaran tersebut, merupakan pengarah dalam penghasilan produk tersebut.  Pemilihan kata ganti nama “kami” dalam contoh adalah untuk mewakili ucapan terima kasih kepada Datuk oleh semua pihak yang telah berusaha untuk menghasilkan produk baru.  Pemilihan kata panggilan “Datuk” juga adalah bersesuaian dengan pangkat yang diperolehi “Datuk” tersebut.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan pada contoh bahasa atasan ini adalah menggunakan kata gelaran yang sesuai dengan individu yang dimaksudkan.  Kata panggilan “Datuk” bukan merujuk kepada datuk dalam keluarga tetapi adalah kata gelaran yang diperolehi oleh seseorang dan membawa kepada gelaran “Datuk” kepadanya.

E)    Nilai setempat

Masyarakat menerima pemilihan kata yang digunakan oleh adalah bersesuaian dengan keadaan dan situasi lokasi perbualan ini berlaku.  Kata ganti nama pertama jamak “kami” adalah mewakili semua ahli projek yang telah berusaha dalam menghasilkan produk baru tersebut.

5.0       ANALISIS BAHASA ORANG TIDAK BERILMU

            Contoh-contoh untuk bahasa orang tak berilmu diambil oleh penulis berdasarkan rancangan drama televisyen bersiri, sepanjang perjalanan penulis di luar Universiti Malaya, dan juga melalui rakaman Parlimen dari laman web Youtube.  Berikut adalah 10 contoh yang telah diperolehi penulis.

CONTOH 1:

Bengong! Dah tau tak tau buat tau pulak.

A)    Huraian

Contoh ini adalah luahan marah bercampur ejekan pemeran terhadap orang yang dipanggil “bengong”.

B)    Konteks

Contoh ini diperolehi oleh penulis dari perbualan oleh rakannya.  Situasi perbualan ini dibualkan semasa kuliah salah satu subjek di Akademi Pengajian Melayu.  Orang yang dikatakan oleh “bengong” adalah pensyarah yang tidak dapat memasang peralatan LCD untuk mengajar subjek tersebut dan tidak merujuk kepada ahli teknikal yang sepatutnya.  Kesannya, pembelajaran pada hari tersebut tidak dapat berjalan dengan lancar telah dimulakan lewat tiga puluh minit daripada masa yang sepatutnya.  Ayat ini telah dituturkan oleh seorang pelajar kepada kawannya tanpa menghormati akan status pensyarah di depannya dengan menyifatkan pensyarah tersebut sebagai “bengong” ataupun bodoh.

C)    Sifat bahasa

Bahasa ini adalah bahasa orang tidak berilmu.  Ungkapan “bengong” tidak sepatutnya ditujukan kepada pensyarah yang merupakan orang yang berjasa dalam memberikan ilmu kepada orang lain.  Tanpa mengira kesan apa yang diujar akan menyebabkan orang yang mendengar kata tersebut menyampaikan kepada pensyarah tersebut.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan pada bahasa ini dilihat pada penggunaan kata mengejek “bengong” pada awal ayat.  Kata ejekan ini tidak sepatutnya ditujukan kepada pensyarah tersebut.

E)    Nilai setempat

Masyarakat melihat ejekan pemeran adalah tidak wajar dituturkan oleh seorang pelajar universiti yang mempunyai pendidikan tinggi dan berpelajaran.  Bahasa ini tidak menggambarkan latar pendidikan yang sepatutnya dimiliki oleh pelajar universiti.

 

 

 

CONTOH 2:

Aku bukan tau macam ko, ko yang jumpa tadi.

A)    Huraian

Contoh ini merupakan ayat yang bermakna pemeran memperlekehkan pendapat orang yang diajak bercakap semasa sedang berbincang mengenai data yang perlu dimasukkan dalam tugasan berkumpulan mereka.  Hanya seorang sahaja yang berjumpa pensyarah yang terbabit dan mereka berbincang mengenai maklumat yang perlu dimasukkan dalam tugasan tersebut.  Namun, dalam pertengahan perbincangan mereka, ayat ini telah dituturkan oleh salah seorang yang tidak berjumpa dengan pensyarah tersebut.  Pemeran memerli rakannya yang pergi berjumpa dengan pensyarah dan menganggap yang rakannya itu tahu akan semuanya dan merasa tidak berguna untuk membuat tugasan tersebut.

B)    Konteks

Contoh ini diperolehi semasa perbincangan untuk menyiapkan tugasan dibuat di kawasan perkarangan Akademi Pengajian Melayu.  Pemeran sedang berbincang dengan rakan sekumpulan dan telah mengeluarkan kata-kata memerli kepada rakannya yang menerangkan maklumat yang perlu dimasukkan dalam tugasan mereka.  Ayat ini dikeluarkan tanpa memperdulikan perasaan orang yang diperli itu.

C)    Sifat bahasa

Bahasa yang dituturkan adalah bahasa orang tidak berilmu.  Walaupun pemeran adalah seorang pelajar universiti, pemeran telah menuturkan kata-kata yang boleh mengguriskan hati pendengar.  Pemeran telah menggunakan kata ganti nama “ko” yang kurang bersopan dan ditambah dengan ungkapan “bukan macam “ko” yang memerli rakannya itu.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan pada bahasa ini dilihat pada pemilihan bahasa yang kesat dan penggunaan  kata ringkas “tau” dan “ko” menunjukkan bahawa pemeran tidak mengambil kira perasaan orang yang mendengar kata-katanya.

E)    Nilai setempat

Masyarakat tidak dapat menerima apa yang diujarkan oleh pemeran kerana ujaran pemeran adalah tidak patut.  Dari segi moralnya, pemeran sepatutnya mengambil perhatian akan apa yang perlu dilakukan untuk menyiapkan tugasan tersebut.

CONTOH 3:

Boleh berkas dia!

A)    Huraian

Contoh ini adalah ayat yang memberikan makna bahawa pemeran menyuruh pihak bertanggungjawab untuk memberkas orang yang dimaksudkan.

B)    Konteks

Contoh ini diperolehi daripada rakaman sidang parlimen dari Youtube yang di muat turun oleh penulis.  Pemeran adalah tokoh terkemuka iaitu Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menghadiri sidang parlimen untuk kawasan Bukit Gelugor.  Contoh ini diperolehi oleh penulis apabila Karpal Singh menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap kawalan polis yang berat sebelah dan lebih melindungi pihak politik lain.

C)    Sifat bahasa

Bahasa dalam contoh ini adalah bahasa yang dotuturkan orang yang tidak berilmu.  Walaupun Karpal Singh diketahui merupakan peguam yang terkemuka, tetapi bahasa yang digunakan adalah tidak sesuai dengan statusnya sebagai orang yang berpendidikan tinggi dan berpengaruh.  Ayatnya lebih tertumpu kepada perasaan marah dan ayat ini diujarkan dengan menyampuk semasa Yang Dipertua sedang memberikan penjelasan kepadanya.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa dalam contoh ini boleh dilihat berdasarkan kepada nada marah semasa mengucapkan kata-kata ini.  Penggunaan kata ganti nama kedua “dia” adalah merujuk kepada pihak polis yang berat sebelah untuk memberikan kawalan keselamatan terhadapnya.

E)    Nilai setempat

Masyarakat menerima menganggap kata-kata ini tidak sewajarnya diujarkan oleh Karpal Singh memandangkan statusnya yang merupakan Ketua DAP dan bekas peguam negara.  Karpal Singh sepatutnya mengkhususkan inividu yang diminta untuk diberkas iaitu pihak polis tersebut.

 

 

 

 

CONTOH 4:

Mana ada orang boleh orang boleh lawan saya!

A)    Huraian

Contoh ini menghuraikan  mengenai ayat yang diujarkan dengan suara bermegah-megah dan menyuarakan bahawa tidak ada orang lain yang boleh menandinginya.

B)    Konteks

Contoh ini diperolehi semasa pemeran sedang berbual dengan rakannya dalam bas dalam perjalanan ke kelas.  Pemeran dengan nada sombong telah mengeluarkan kata-kata ini tanap memikirkan bahawa ada orang lain yang lebih baik boleh menandinginnya.

C)    Sifat bahasa

Bahasa ini adalah bahasa yang dituturkan oleh pemeran dengan tidak mengambil kira pandangan orang lain yang mendengar kata-kata pemeran.  Ungkapan “mana ada” telah menunjukkan bahawa pemeran mempunyai nada angkuh semasa menuturkan bahasa ini.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan pada bahasa ini dikesan dalam nada angkuh semasa menuturkan bahasa ini sehinggakan orang di sekeliling boleh mendengar apa yang diperkatakan oleh pemeran.

E)    Nilai setempat

Masyarakat sekeliling menganggap bahawa ayat ini merupakan ayat yang bernada angkuh dan tidak sepatutnya dituturkan kerana semua orang bukan yang terbaik dalam sesuatu hal kerana pasti ada yang lebih baik daripada pemeran.

CONTOH 5:

Kalau macam tu, saya pergi sana.

A)    Huraian

Contoh ini bermakna bahawa pemeran membuat keputusan untuk keluar pergi sesuatu tempat selepas mendengar apa dikatakan oleh rakannya mengenai sesuatu tanpa berfikir panjang terlebih dahulu.

B)    Konteks

Contoh ini diperolehi daripada perbualan antara dua orang rakan yang sedang berbual di hentian bas berdekatan perpustakaan.

C)    Sifat bahasa

Bahasa ini adalah bahasa orang yang tidak berilmu.  Bahasa ini dikategorikan sedemikian kerana pemeran mengeluarkan kata-kata ini tanpa memikirkan terlebih dahulu akan kesan jangka panjang atau baik buruk jika pemeran pergi ke tempat tersebut.  Bahasa yang diujarkan tanpa berfikir terlebih dahulu boleh melihat kepada susunan ayat sendiri.  “kalau macam itu” menunjukkan bahawa kata keterangan syarat di depan ayat.  Kata keterangan syarat ini menunjukkan bahawa ada perkara yang telah berlaku dan menyebabkan pemeran bertindak untuk pergi sesuatu tempat.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa pada ayat ini dilihat tindakan yang dilakukan selepas mengujarkan kata ini iaitu bertindak untuk pergi ke tempat tersebut.

E)    Nilai setempat

Masyarakat yang mendengar ayat ini melihat pemeran sebagai orang yang tidak berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak.  Sepatutnya, pemeran erfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu.

CONTOH 6:

Entahla, makcik bukan nampakpun.

A)    Huraian

Contoh ini menghuraikan mengenai penafian seorang wanita terhadap penglibatan seorang daripada anaknya dalam kes jenayah.

B)    Konteks

Contoh ini adalah berdasarkan kepada drama televisyen yang berkisarkan kepada kisah ibu yang penyayang dan anak yang telah terlibat dengan jenayah peras ugut di kampungnya.  Semasa pihak polis mencari anak tersebut di rumah mereka, pemeran telah menipu dengan mengatakan bahawa anak tersebut tiada di rumah.

C)    Sifat bahasa

Contoh ini adalah bahasa orang tidak berilmu yang bertindak melindungi anaknya tanpa memikirkan kesan daripada pembelaan anak tersebut terhadap masa depan anaknya sendiri.  Sikap tidak endah terhadap keadaan anak tersebut boleh dilihat kepada penggunaan “entah”.

 

 

 

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa ini adalah berdasarkan kepada ungkapan “entah” yang menunjukkan bahawa pemeran mahu  melindungi anak tersebut daripada pihak berkuasa.

E)    Nilai setempat

Nilai setempat dalam contoh ini dilihat kepada penerimaan polis yang mencari anak pemeran.  Polis menganggap bahawa pemeran tidak memperdulikan keadaan anak kerana tidak memberikanmaklumat yang betul untuk membantu polis menganggap anaknya dan menjauhkan diri daripada kegiatan jenayah.

CONTOH 7:

Datuk, kenapa awak tak faham-faham lagi?

A)    Huraian

Contoh ini adalah pertanyaan oleh pemeran kepada seorang yang berpangkat “Datuk”.

B)    Konteks

Contoh ini dituturkan semasa membuat perjanjian dengan syarikat lain.  Segala ketidafahaman mengenai sesuatu perkara dalam perjanjian.  Selepas itu, pelbagai pertanyaan sehinggakan ada soalan yang tidak logik dikemukakan oleh “Datuk” menunjukkan “Datuk” mahu menguji kesabaran pemeran.  Akhirnya pemeran tidak dapat menahan sabar lalu mengeluarkan kata-kata tersebut.

 

 

 

C)    Sifat bahasa

Contoh ini adalah bahasa orang tidak berilmu.  Bahasa ini dituturkan dengan tidak memikirkan status orang yang dipanggil sebagai “awak” walaupun orang tersebut berpangkat “Datuk”.  Keadaan ini adalah tidak sopan.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa pada ayat ini adalah pada penggunaan kata ganti nama yang tidak sepatutnya untuk orang yang bergelar Datuk.

E)    Nilai setempat

Masyarakat melihat keadaan ini sebagai satu penghinaan terhadap orang yang dipanggil “awak” itu dan menyelar penggunaan kata ganti nama untuk buka orang yang sepatutnya adalah sangat tidak bersopan dan merendah-rendahkan taraf orang tersebut.

CONTOH 8:

Akupun tak faham la, kenapa si Basri tu nak sangat jadi ketua?

A)    Huraian

Contoh ini mengisahkan dua orang iaitu pemeran dan rakannya bercerita bagaimana Basri boleh menjadi ketua kepada persatuan silat di kampung mereka.

B)    Konteks

Contoh ini diperolehi daripada perbualan dua orang mengenai Basri.  Secara amnya, pemeran kepada contoh ini menyuarakan ketidak puasan hati hatinya kepada rakannya tentang kredibiliti Basri menjadi ketua persatuan silat di kampung.

C)    Sifat bahasa

Contoh ini bersifat bahasa orang tidak berilmu.  Pemeran menuturkan kata-kata ini tanpa memikirkan kesan pada masa depan.  Sepatutnya pemeran tidak menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada orang lain dan patut melihat sendiri akan kemampuan Basri menjadi ketua.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa pada contoh ini dikesan pada penggunaan ungkapan “nak sangat”.  Ungkapan ini membawa maksud bahawa pemeran menyifatkan bahawa Basri bersifat sangat teruja untuk menjadi ketua mereka.

E)    Nilai setempat

Masyarakat menerima bahawa pemeran sebenarnya tidak memahami bahawa sebab musabah Basri beria-ia untuk menjadi ketua dan dilantik menjadi ketua.  Ujaran ini sepatutnya tidak di perkatakan dahulu kepada orang lain dahulu dan perlu bertanya kepada orang yang memilih Basri sebagai ketua.

CONTOH 9:

Jahanam betul! Apasal ko tipu aku?

A)    Huraian

Contoh ini adalah memerikan mengenai perasaan marah pemeri terhadap orang tersebut yang dianggap telah menipu diri pemeran.

B)    Konteks

Ayat ini dituturkan oleh seorang suami yang bekerja sebagai juruterbang sebuah syarikat penerbangan.  Suami tersebut mendapati isterinya telah menipunya dan bertanya sendiri kepada isterinya dengan nada yang marah.

C)    Sifat bahasa

Contoh ini bersifat bahasa orang tidak berilmu.  Walaupun pemeran seorang juruterbang syarikat penerbangan , pemeran telah menggunakan kata-kata kesar kepada isterinya kerana tidak terlalu marah atas kecurangan isterinya.  Pertanyaan ini dikemukakan semasa pemeri melihat sendiri kecurangan isterinya dengan lelaki lain.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan bahasa ini dilihat pada penggunaan kata ganti nama “ko” dan “aku” dalam contoh ini.  Kata ganti nama ini menggambarkan bahawa perasaan geram, tidak hormat sudah tidak ada pada isterinya itu.

E)    Nilai setempat

Masyarakat melihat keadaan ini merupakan lumrah walaupun apapun taraf seseorang itu,  apabila perasaan marah telah menguasai diri, orang akan lupa siapa dirinya dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya seperti “jahanam”.

CONTOH 10:

Aku takkan tarik balik kata-kata aku ni.  Tak kiralah dia dah mati atau tak, aku takkan maafkan dia.

A)    Huraian

Ayat ini memberikan pemahaman bahawa pemeran tidak akan memaafkan “dia” walau apapun yang terjadi pada diri “dia”.

 

 

B)    Konteks

Ayat ini diujarkan oleh suami yang marahkan isterinya kerana telah dikhianati oleh isterinya.  Kata- kata ini seakan sumpahan terhadap diri pemeri dan juga kepada isterinya di hadapan orang lain. Pengulangan kata ganti nama “aku” menunjukkan akur janji tersebut.

C)    Sifat bahasa

Contoh ini besifat bahasa orang tidak berilmu.  Pemeri telah mengungkapkan “tak kira dia mati atau tak, aku takkan maafkan dia” yang merupakan sumpahan pemeri setelah didapati bahawa isterinya telah curang.

D)    Kekuatan bahasa

Kekuatan pada bahasa ini dilihat berdasarkan kepada pengulangan kata ganti nama “aku” yang telah menekankan bahawa pemeri tidak akan memperdulikan lagi kisah isterinya itu.

E)    Nilai setempat

Masyarakat menerima kata-kata pemeri ini sebagai satu janji dan melihat bahawa pemeri tidak akan memaafkan isterinya walau apapun yang berlaku.  Namun, pemeri dilihat sepatutnya memikirkan kata-katanya tersebut kerana masa depan anak-anak mereka patut difikirkan semula.

 

 

 

 

 

6.0       RUMUSAN

            Secara keseluruhannya, tugasan ini telah menganalisis 50 data bahasa yang terdiri daripada 20 data berkenaan bahasa rasmi, 20 data berkenaan bahasa atasan dan 10 data berkenaan bahasa orang tidak berilmu.

Selain itu, setiap data yang dipilih akan dianalisis apa yang dihuraikan dalam contoh yang diperolehi, konteks, sifat bahasa yang dipilih, Kekuatan bahasa dan Nilai setempat mengenai ayat yang dipilih itu.  Secara am, data yang diperolehi ada yang melalui pengalaman pemerhatian penulis terhadap peristiwa di sekelilingnya.  Selain itu, ada juga data yang diperolehi berdasarkan rakaman sidang parlimen dari Youtube.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kamus Dewan, 2005.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Kamus Linguistik, 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, dan Abdul Hamid Mahmood, 2004. Tatabahasa Dewan.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Noriah Mohamed, 1998. Sosiolinguistik Bahasa Melayu di Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Malaya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DATA

BAHASA RASMI

  1. Saya bagi pihak semua Kem Zabri mengucapkan selamat datang ke Kem Zabri.
  2. Bukan semua, banyak tapisan-tapisan yang terpaksa kami lalui.
  3. Yang pertama sekali, taklimat berkaitan aktiviti unit 69.
  4. Itu sahaja kita punya taklimat berkaitan keluarga 69 secara ringkas.
  5. Yang pertama sekali, tuan-tuan puan-puan mendapat sedikit pengalaman di unit 69.
  6. Yang pertama sekali, saya nak tanya pada anda semua dengan penginapan seperti ini, adakah anda selesa dengan penginapan ini?
  7. Prof ada jadi saksi!
  8. Mana-mana perseorangan yang saya letakkan, itu saya anggap adalah yang terbaik dapat kami sediakan.
  9. Kita juga akan bekalkan tenaga elektrik 24 jam.
  10. Kita ada bekalkan ubat malaria.
  11. Saya takut ranting mati, atau ranting-ranting yang rapuh.
  12. Jangan risau, rumah yang kita duduk itu masih kuat lagi.
  13. Tentukan pakaian masa jungle tracking, khas untuk jungle tracking.
  14. Maklumat terkini, dianggarkan 30 gajah sedang menunggu anda di atas bukit.
  15. Apapun, life jacket kena pakai.
  16. Setakat ni, apa-apa yang saya boleh tahu.
  17. Siapa yang ada sakit jantung, asma, atau apa-apa yang boleh memudaratkan apabila berjalan jauh?
  18. Sebelum nak tidur tu, bacalah apa yang patut.
  19. Kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas apa juga yang telah disampaikan pada adik-adik ini.
  20. Lepas itu, macam anda nak jalan, macam anda nak jatuh, kita akan bagi esok.

 

 

 

 

 

 

 

BAHASA ATASAN

 

  1. Oh..u punya team?
  2. Anak saya suka kucing.
  3. Saya kena ke Kuching balik, lepas ni, ok.
  4. Awak rajin hantar ke?
  5. Kita dah lama tak jumpa dengan Kak Mun lepas mak kita meninggal.
  6. Jadi, dia ni anak siapa sebenarnya?
  7. Mana Kak Mun dapat nombor kita?
  8. Terima kasih banyak-banyaklah sebab tolong kita.
  9. Saya tak ada apa nak cakap…tapi kami ada buat booth untuk jualan buku-buku pensyarah.
  10. Encik, encik nak ke mana?
  11. U dah pernah pergi ke sana ka?
  12. Awak, kita pernah jumpa kat mana ye?
  13. Kita perlu ingat kita pernah membuat usul ini bersama-sama, bersusah bersama-sama, menjayakannya bersama-sama…tapi apa yang kita dapat?
  14. Tak perlulah Datuk nak berdolak lagi..kami cuma mahukan hak kami, kebajikan kami, di ambil berat.
  15. Jadi, encik nak jual atau tak saham Encik?
  16. Hari ni syarikat saya terima sorang eksekutif baru.
  17. Kami akan cuba sedaya kami supaya syarikat encik tak kecewa atas perkhidmatan kami.
  18. Maafkan i, i tak sangka syarikat akan hadapi masalah ni.
  19. Kalau u ada masa, malam ni kita dinner dengan keluarga Datuk Rahman.
  20. Terima kasih Datuk, sebab sudi merasmikan majlis kami.

 

BAHASA ORANG TAK BERILMU

 

  1. Bengong! Dah tau tak tau buat tau pulak.
  2. Aku bukan macam ko, ko yang jumpa tadi.
  3. Boleh berkas dia! (Karpal Singh)
  4. Mana ada orang boleh orang boleh lawan saya!
  5. Kalau macam tu, saya pergi sana.  (tanpa bertanya tempat yang dituju)
  6. Entahla, makcik bukan nampakpun.
  7. Datuk, kenapa awak tak faham-faham lagi?
  8. Akupun tak faham la, kenapa si Basri tu nak sangat jadi ketua?
  9. Jahanam betul! Apasal ko tipu aku?
  10. Aku takkan tarik balik kata-kata aku ni.  Tak kiralah dia dah mati atau tak, aku takkan maafkan dia.

 

JDEA 3303

•April 3, 2009 • Tinggalkan Komen

       PENDAHULUAN

Secara umumnya, tugasan ini membincangkan akan ciri-ciri laras yang dipilih dan dianalisis dengan menggunakan Teori Ure dan Ellis.  Menurut Nik Safiah Karim dalam artikelnya yang bertajuk “Beberapa Aspek Bahasa dalam Hikayat Raja Pasai”, menerangkan bahawa laras adalah gaya atau cara pengungkapan sesuatu bahasa atau jenis bahasa.  Ure dan Ellis (2006:268) pula menganggap laras sebagai pola-pola penggunaan bahasa yang lazim digunakan dalam keadaan tertentu.  Halliday (2006:268) pula mengatakan bahawa ukuran dan ciri-ciri utama sesuatu laras ialah tatabahasa dan perbendaharaan kata.  Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 893) pula menggariskan laras sebagai variasi bahasa berdasarkan penggunaannya.  Kamus Linguistik (1997: 145) telah menggariskan laras bahasa sebagai kelainan bahasa yang digunakan untuk tujuan tertentu menurut bidang wacana, bentuk wacana dan cara wacana.

Mohd Taib Osman (1996:2) menganggap pantun sebagai artifak budaya, alat komunikasi dalam kehendak sosial, dan juga sebagai gambaran minda masyarakat Melayu.  Pantun-pantun dipilih secara wewenang dari buku suntingan oleh Wan Abdul Kadir Wan Yusuf bertajuk “Pantun: Manifestasi Minda Masyarakat” ada yang berkisarkan mengenai budi dan juga budaya masyarakat Melayu.  Tugasan ini akan melihat ciri-ciri linguistik dan juga keperihalan dalam pantun yang dipilih.  12 pantun empat kerat dipilih untuk tujuan analisis (rujuk Lampiran).

 

 

1.1       OBJEKTIF KAJIAN

Tugasan ini dibuat adalah untuk:

1.      Memenuhi syarat penilaian berterusan yang membawa markah sebanyak 40% bagi kursus JBEA 2306 (Laras Bahasa Melayu).

2.      Membincangkan dan menganalisis laras yang dipilih iaitu laras pantun berdasarkan Teori Ure dan Ellis.  Teori ini dijadikan panduan menganalisis laras pantun.

1.2       BAHAN KAJIAN

Bahan yang dijadikan sebagai korpus adalah dipilih secara rawak daripada buku hasil selanggara dan suntingan oleh Wan Abdul Kadir Wan Yusoff.  Buku yang bertajuk “Pantun: Manifestasi Minda Masyarakat” ini diterbitkan pada tahun 1996 oleh Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan mempunyai 212 halaman. Pantun yang dipilih adalah terdiri daripada 12 rangkap pantun.  12 rangkap pantun ini ada yang terdiri daripada pantun budi, pantun orang berkasih dan juga pantun nasihat.

1.3       METODOLOGI KAJIAN

Terdapat dua jenis kaedah penyelidikan yang biasa digunakan dalam peyelidikan iaitu kaedah kerja lapangan dan keperpustakaan.  Penulis menggunakan kaedah keperpustakaan untuk menyiapkan tugasan ini.

Kaedah keperpustakaan (2003:4) adalah kaedah yang merujuk kepada bahan-bahan bertulis, pita rakaman, video dan seumpamanya yang telah dilakukan oleh orang lain.  Kaedah ini dilakukan di perpustakaan, arkib, muzium dan seumpamanya.

2.0       TEORI KAJIAN (2008:5)

            Teori yang digunakan adalah Teori Ure dan Ellis adalah teori yang melihat kepada kepentingan peristiwa bahasa sebagai fokus utama dalam kajian sesuatu laras itu.  Kedua-dua tokoh ini mengatakan bahawa setiap penggunaan bahasa memerlukan satu situasi sosial ataupun peristiwa bahasa.  Kedua-dua tokoh ini mendasarkan ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik yang wujud dalam sesuatu penggunaan bahasa itu.

            Ciri-ciri keperihalan ialah ciri-ciri luaran yang terdapat dalam sesuatu peristiwa bahasa dan mereka telah membahagikan ciri keperihalan ini kepada dua bahagian, iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran.  Situasi luaran ialah latar belakang sosial dan budaya sesebuah masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup masyarakat yangmenentukan pelakuan anggota masyarakat.  Situasi persekitaran pula mencakupi aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa.  Situasi persekitaran mempunyai empat aspek penting iaitu:

i)                    Cara penyampaian

ii)                  Hubungan sosial dan peribadi

iii)                Bahan yang diperkatakan

iv)                Fungsi sosial perlakuan bahasa

            Cara penyampaian merujuk pada jenis-jenis bahasa yang digunakan seperti bentuk lisan, tulisan atau sebagainya, pameranpameran yang terlibat bagi penggunaan bahasa itu.  Bahasa tulisan dapat mewujudkan variasi laras seperti laras laporan, ilmiah, dan sebagainya.

            Perhubungan sosial dan peribadi ialah hubungan yang wujud antara seseorang dengan seseorang dalam sesuatu peritiwa bahasa yang berlangsung.  Dua aspek yang berkaitan, iaitu melibatkan hubungan peribadi dan hubungan tidak rasmi atau rasmi.  Hubungan peribadi akan mewujudkan hubungan mesra antara dua pihak dan peritiwa bahasa yang terlibat biasanya adalah perbualan dua orang sahabat, sepasang kekasih ataupun sesama ahli keluarga.  Hubungan tidak rasmi atau rasmi pula tidak menunjukkan kemesraan kerana wujudnya jurang sosial.  Peristiwa bahasa yang terlibat biasanya adalah hubungan antara penulis akhbar dengan pembaca akhbar, antara majikan dengan pekerja dan penulis blog dengan pembaca blog.

            Bahan yang diperkatakan ialah isi yang diperkatakan sesuatu peristiwa bahasa yang berlangsung.  Bahan yang dijadikan isi dalam peristiwa bahasa juga merupakan bahan sesuatu laras dan bergantung pada perkara yang diperkatakan oleh penutur atau penulis sesuatu laras.

            Fungsi sosial ialah bentuk-bentuk  majlis ataupun upacara yang berupa amalan anggota sesebuah masyarakat dan diiktiraf oleh masyarakat.  Lakuan bahasa adalah kata-kata khusus yang dituturkan dalam sesebuah fungsi sosial.  Sebagai contohnya, lakuan bahasa dalam fungsi sosial majlis pernikahan biasanya adalah kata-kata pengantin lelaki dan tok kadi semasa akad nikah dijalankan.  Lakuan bahasa hanya akan wujud apabila adanya peristiwa bahasa yang berlangsung.  Setiap lakuan bahasa yang lahir daripada peristiwa bahasa tidak sama dan bergantung pada jenis peristiwa bahasa yang berlaku.

            Ciri-ciri linguistik akan membincangkan empat aspek penting iaitu:

i)        Aspek kosa kata

ii)      Aspek ayat

iii)    Aspek ketenunan

iv)    Aspek keindahan

            Aspek kosa kata memberi tumpuan kepada penggunaan kata dalam sesuatu laras.  Analisis akan melihat sama ada sesuatu laras itu banyak menggunakan istilah khusus atau istilah umum ataupun tidak ada penggunaan istilah langsung.  Terdapat juga laras yang banyak menggunakan kata pinjaman bahasa asing seperti laras sains.

            Aspek ayat pula menekankan pada jenis ayat da juga binaan ayat yang digunakan dalam sesuatu laras.  Ada laras yang banyak menggunakan ayat majmuk dan kurang menggunakan ayat tunggal.  Ada laras yang mengalami proses pengguguran dan penyongsangan ayat.

            Aspek ketenunan ialah keutuhan sesuatu laras sebagai sebuah teks dan berkaitan dengan unsur-unsur tertentu yang digunakan oleh individu dalam sesuatu laras.  Sesetengah laras mempunyai kesatuan isi yang utuh manakala laras yang lain pula kurang utuh dari segi jalinan idea yang disampaikan.

            Aspek keindahan ialah nilai estetika yang ada pada sesuatu laras.  Nilai keindahan adalah berdasarkan tarikan sesuatu laras kepada masyarakat.  Lazimnya, laras yang berkaitan dengan pemerian atau penceritaan adalah laras yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.  Keindahan laras dilihat kepada cara penghasilannya, dan juga perkaitannya dengan fungsi sosial sesebuah masyarakat.

            Ringkasnya, Teori Ure dan Ellis boleh dilihat berdasarkan kepada rajah di bawah:

TEORI URE DAN ELLIS

1.SITUASI LUARAN

2.SITUASI PERSEKITARAN

·  Cara penyampaian

·  Perhubungan sosial/peribadi

·  Bahan yang diperkatakan

·  Fungsi sosial perlakuan bahasa

1.            KOSA KATA

2.            SINTAKSIS/AYAT

3.            KETENUNAN

4.            KEINDAHAN

CIRI-CIRI KEPERIHALAN

CIRI-CIRI LINGUISTIK

RAJAH 1: RINGKASAN TEORI URE DAN ELLIS

 

 

 

 

 

 

 

 

3.0       ANALISIS DATA KAJIAN

            Analisis akan dilakukan berdasarkan kepada Teori Ure dan Ellis yang melihat sesuatu laras berdasarkan kepada ciri-ciri keperihalannya dan ciri-ciri linguistik.

3.1       CIRI-CIRI KEPERIHALAN

Ciri-ciri keperihalan pantun dilihat berdasarkan kepada situasi luaran dang situasi persekitaran.  Pantun yang dipilih secara rawak ini secara amnya adalah berkisar kepada cerminan budaya masyarakat Melayu yang penuh dengan budaya hidup orang berbudi.

3.1.1   SITUASI LUARAN

Dari segi ciri keperihalannya, pantun dilihat mempunyai situasi luaran yang dihasilkan oleh masyarakat tertutup iaitu masyarakat Melayu pada masa dahulu.  Pantun terhasil tanpa diketahui akan penciptanya dan masa sesuatu pantun dicipta tidak diketahui.

3.1.2   SITUASI PERSEKITARAN

Situasi persekitaran dalam laras pantun pula akan melihat kepada cara penyampaian, perhubungan sosial, bahan yang diperkatakan dan juga fungsi sosial perlakuan bahasa.  Analisis situasi persekitaran akan melihat satu demi satu pantun yang dipilih seperti yang dilampirkan.

3.1.2.1            CARA PENYAMPAIAN

Secara amnya, semua pantun mempunyai cara penyampaian yang sama iaitu bermula dengan penyampaian secara lisan dan diikuti dengan penyampaian secara tulisan.  Pantun yang merupakan tradisi lisan sememangnya disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi.  Bentuk pantun yang amnya ringkas dan padat, mudah diingati dan menjadi warisan yang dihafal terutamanya untuk majlis-majlis tertentu.  Sebagai contoh pantun tersebut yang mudah dingati kerana mempunyai pembayang dan maksud yang mematuhi pola hujung berima a-b-a-b dan pengulangan kata yang berlaku dalam sesuatu pantun.

Rosak pandan kerana padi,

Rosak padi kerana bunganya,

Rosak badan kerana budi,

Rosak budi kerana orangnya.

3.1.2.2            PERHUBUNGAN SOSIAL/PERIBADI

Melihat kepada perhubungan sosial dalam pantun, dapat dilihat akan bentuk hubungan yang jelas iaitu tidak formal.  Hubungan ini boleh dilihat dalam majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan, majlis pernikahan, bersunat dan juga semasa perjumpaan keluarga dan kenalan.  Contoh pantun tersebut diungkapkan dalam keadaan dua individu yang bakal berpisah;

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kita bersama mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

Perhubungan peribadi pula boleh dilihat dalam situasi yang melibatkan pasangan kekasih, pantun yang bermaksud untuk meminta kepastian cinta dan menyatakan rasa kasih yang teramat sangat seperti berikut akan diungkapkan;

(1)       Di antara padi dengan selasih,

Yang mana satu tuan lurutkan?

Di antara budi dengan kasih,

            Yang mana satu tuan turutkan?

(2)       Nasi lemak buah bidara,

Sayang selasih saya lurutkan,

Buang emak buang saudara,

            Sebab kasih saya turutkan.

Pantun berikut pula biasanya diungkapkan oleh dua orang sahabat ataupun sesama ahli keluarga;

(1)       Puas saya bertanam ubi,

Nanas juga dipandang orang,

Puas saya menabur budi,

            Emas juga dipandang orang.

(2)       Tuailah padi diantara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Intailah kami antara nampak,

            Esok jangan rindu-rinduan.

3.1.2.3            BAHAN YANG DIPERKATAKAN

            Bahan yang diperkatakan dalam laras pantun adalah hidup berbudi dalam masyarakat Melayu.  Peristiwa bahasa seperti perpisahan antara dua sahabat atau keluarga, perbualan antara pasangan kekasih ataupun gurau-senda sesama kenalan.

3.1.2.4            FUNGSI SOSIAL PERLAKUAN BAHASA

            Laras pantun mempunyai fungsi sosial seperti dalam majlis peminangan dan perbualan antara pasangan kekasih mahupun kenalan.  Seperti dalam pantun dibawah, yang biasanya dituturkan dalam perbualan antara kekasih ataupun sahabat semasa bertemu.

Di antara padi dengan selasih,

Yang mana satu tuan lurutkan?

Di antara budi dengan kasih,

Yang mana satu tuan turutkan?

 

 

 

3.2       CIRI-CIRI LINGUISTIK

Ciri-ciri linguistik akan melihat kepada aspek kosa kata dan sintaksis berdasarkan pantun yang dipilih.

3.2.1   KOSA KATA

Kosa kata dalam pantun adalah padat kerana suku kata dalam pantun dibina dalam keadaan terkawal supaya kata dalam pantun mematuhi pola hujung ayat yang terdiri daripada a-b-a-b ataupun tengah ayat yang mempunyai rima seperti pantun berikut:

Nasi lemak buah bidara,

Sayang selasih saya lurutkan,

Buang emak buang saudara,

Sebab kasih saya turutkan.

Proses pengguguran imbuhan dilihat berlaku dalam pantun yang dipilih.  Proses pengguguran berlaku pada pembayang pantun dan juga maksud pembayang pantun.  Contohnya dalam pantun berikut:

Tuailah padi diantara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Intailah kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

Kata adjektif layu-layuan dalam baris kedua telah mengalami pengguguran imbuhan kata kerja “beR-”.  Sekiranya imbuhan kata kerja “beR-” ditambah, ayat baris kedua akan terhasil seperti berikut: Esok jangan berlayu-layuan.  Ayat ini masih lagi tidak mengikuti susunan ayat biasa kerana subjek ayat telah mengalami perubahan.  Susunan yang sebenar ialah susunan ayat perintah: Esok jangan berlayu-layuan.

Baris keempat juga turut mengalami proses pengguguran imbuhan kata kerja “beR-” pada kata rindu-rinduan dan mengalami perubahan susunan ayat.  Ayat yang akan terhasil adalah seperti berikut: Esok jangan berindu-rinduan.

Selain daripada pengguguran imbuhan kata kerja, pengguguran kata hubung dan subjek ayat turut dikesan dalam pantun yang dipilih.  Sebagai contoh, lihat kepada pantun tersebut:

Bongkar sauh kembangkan layar,

Orang berjudi di dewan sikat,

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi hati terikat.

 

            Berdasarkan pantun di atas, pada baris pertama, ayat yang sepatutnya adalah ‘Pelayar membongkar sauh dan mengembangkan layar’.  Ayat ini telah mengalami pengguguran pada subjeknya iaitu pelayar.  Kata hubung dan juga digugurkan dalam ayat ini.  Pengguguran imbuhan kata kerja mem– juga berlaku pada ayat ini.

            Pada baris ketiga pantun ini, subjek ayat ini juga telah digugurkan.  Ayat yang sepatutnya adalah orang boleh membayar hutang emas.  Subjek ayat ini adalah orang dan subjek ini telah dikenal pasti berdasarkan pada ayat di baris kedua.  Subjek ayat kedua dan ketiga adalah sama, tetapi subjek pada ayat ketiga telah digugurkan dalam pertuturan pantun ini.

            Pantun yang dipilih juga menunjukkan penggunaan kata singkatan tak dan mau.

Buat ketupat bertali-tali,

Mana tergantung sudah berisi,

Tak tengok tempat mau berbudi,

Sangkakan untung berjumpa rugi.

            Pada baris ketiga pantun, dapat dilihat penggunaan kata tak sebagai singkatan kepada kata tidak.  Selain itu, penggunaan kata mau pula merupakan singkatan kepada kata mahu.

            Penggunaan kata-kata arkaik juga telah dikenal pasti dalam pantun yang dipilih iaitu kata arkaik[1] dalam golongan kata nama (KN) dan kata kerja (KK):

  1. Bidara (KN)               – sejenis tumbuhan
  2. Selasih (KN)              – sejenis tumbuhan herba untuk rempah dan ubat
  3. Kuntung (KN) – bekas yang beranyam untuk menyimpan sesuatu
  4. Diramu-ramu (KK)    – perbuatan membetulkan sesuatu dengan mencari

 

            Penggunaan kata ganti nama (2002:58) dalam pantun juga menarik.  Kata ganti nama seperti hamba boleh ditemui dalam teks-teks lama.  Antara kata ganti nama yang ditemui adalah seperti dalam pantun berikut:

Tangkal dijemur pukat disirat,

Tali jala diramu-ramu,

Tuan di timur hamba di barat,

Bila gerangan dapat bertemu.

3.2.2   SINTAKSIS

            Analisis pantun berdasarkan aspek sintaksis akan melihat struktur ayat yang ada pada pantun yang dipilih.  Analisis ini akan melihat melihat kepada ayat tanya, ayat tunggal dan ayat tanya dalam laras pantun.

(a)       Ayat tanya

            Di antara padi dengan selasih,

Yang mana satu tuan lurutkan?

Di antara budi dengan kasih,

            Yang mana satu tuan turutkan?

            Berdasarkan pantun yang dipilih, terdapat ayat tanya digunakan dalam pantun. Ayat tanya dalam pantun ini digunakan dengan tujuan untuk mendapatkan kepastian tentang pilihan orang yang ditanya sama ada memilih budi atau kasih.  Ayat tanya dalam pantun ini digunakan dalam pembayang dan maksud pembayang pantun di baris kedua dan ketiga.  Jawapan kepada soalan pada baris kedua dan keemat pantun ini tidak memerlukan jawapan.  Persoalan ditujukan kepada pendengar dan pendengarlah akan memerikan jawapannya. Dalam contoh di atas, penanda kata tanya “mana” pada baris kedua dan keempat pantun serta penanda tanya pada bahagiah akhir ayat berkenaan.

(b)       Ayat tunggal

            Ayat tunggal (1993:553) atau simple sentence adalah ayat yang hanya mempunyai satu klausa bebas sahaja.  Ayat tunggal mempunyai satu subjek dan satu predikat.  Penggunaan ayat tunggal dalam pantun dalah amat jelas.  Walaubagaimanapun berlaku proses penguguran ataupun penyusunan semula ayat.  Tidak semua pantun mempunyai ayat tunggal dalam bahagiannya,  ada yang mempunyai ayat tunggal pada bahagian pembayang, dan ada yang mempunyai ayat tunggal pada bahagian pada pembayang maksud sahaja.  Penggunaan ayat tunggal adalah bergantung kepada penuturnya.  Analisis seterusya adalah berdasarkan kepada lampiran.

Puas saya bertanam ubi,

Nanas juga dipandang orang,

Puas saya menabur budi,

Emas juga dipandang orang.

            Dalam pantun di atas, pantun ini mempunyai satu klausa sahaja.  Binaan ayat pada baris pertama dan ketiga dalam pantun ini terdiri daripada frasa nama sebagai subjek dan frasa kerja sebagai predikat.  Subjek ayat telah disongsangkan dan apabila dibina semula akan menjadi saya puas.

            Baris kedua dan keempat pula adalah ayat pasif.  Subjek kedua-dua ayat ini adalah orang.  Apabila disusun dalam susunan ayat aktif, ayat ini akan menjadi orang memandang nanas juga dan orang memandang emas juga.

Bongkar sauh kembangkan layar,

Orang berjudi di dewan sikat,

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi hati terikat.

            Dalam pantun di atas, ayat pada pantun ini juga terdiri daripada ayat tunggal.  Berlaku penguguran subjek pada baris pertama dan kedua pantun ini.  Subjek pada baris pertama adalah pelayar manakala subjek pada baris kedua ialah orang.  Pada asalnya, susunan ayat pada baris pertama adalah ayat majmuk gabungan seperti berikut: pelayar membongkar sauh dan mengembangkan layar.  Ayat tunggal yang membina ayat ini ialah “pelayar membongkar sauh” dan “pelayar mengembangkan layar”.  Subjek pelayar pada ayat tunggal kedua digugurkan. Binaan ayat ini ditunjukkan seperti berikut:

                                                            A

                                               

                                    FN                               FK

 

                              pelayar                             KH

                                                FK                   dan                 FK

                                                                        Ø                                

                        KK                               PENE             KK                               PENE

            membongkarkan                  sauh                mengembangkan     layar

            mem-kan = Ø                                                menge – = Ø

Subjek ayat pada baris kedua pula adalah orang.  Binaan ayatnya adalah seperti berikut:

                                                            A

 

 

                        FN                                           FK

 

                        orang

 

                                KK                 FSN                      FN                                          

 

                            berjudi          KSN                   INT INT        

                                                                       

                                                       di                 dewan          sikat

 

Baris ketiga pantun mempunyai subjek yang sama dengan baris kedua pantun tetapi telah digugurkan.  Apabila disusun semula, ayat pasif ini mempunyai susunan seperti berikut: orang boleh membayar hutang emas.  Konstituen ayat ini adalah seperti berikut:

                                                            A

 

 

                        FN                        KET hal                             FK

 

                        orang                   boleh                KK             FN      

 

 

                                                                                                INT                  INT

                        Ø                                             membayar      hutang emas

 

 

 

 

Baris keempat pantun ini memperlihatkan penguguran subjek dan kata keterangan cara.  Sekiranya tidak digugurkan, ayat tersebut akan mempunyai susunan seperti berikut: orang berhutang budi lalu hatinya terikat.  Konstituen ayatnya adalah seperti berikut:

                                                            A

                                                           

 

                               FN                                                            FK

 

                                                                       

                              orang                    FK              KET cara        FN                                   

                                                KK             PENE       lalu           KN              PENE

                                  Ø    berhutang       budi           Ø        hatinya            terikat


(c)       Ayat seruan

            Ayat seruan (1993:553) atau exclamatory sentence adalah ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasi seruan untuk melahirkan suatu keadaan perasaan.  Sebagai contohnya pantun berikut:

Tangkal dijemur pukat disirat,

Tali jala diramu-ramu,

Tuan di timur hamba di barat,

Bila gerangan dapat bertemu.

            Pantun ini mempunyai ayat yang menunjukkan keinginan yang terlalu untuk menemui kenalannya walaupun berada di tempat yang berbeza.  Dalam menuturkan pantun ini, penutur seakan-akan membunyikan tanda seru pada baris ketiga pantun: tuan di timur hamba di barat!.  Baris keempat pantun pula adalah keluhan penutur kepada pendengar.  Ayat pada baris keempat menunjukkan luahan rasa ingin tahu penutur untuk bertemu dengan pendengar.

 

(d)       Ayat perintah

            Ayat perintah (1993:553) atau imperative sentence adalah ayat yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.  Perintah ditujukan kepada orang kedua.  Kata yang yang menandai sesuatu ayat adalah ayat perintah adalah seperti jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, dan harap.  Pantun di bawah menggunakan kata perintah jangan pada baris ketiga.  Pantun ini menasihatkan supaya pendengar tidak mengikut sifat ayam yang selepas bertelur suka berkokok tidak menentukan.  Kokokan ayam tersebut seakan-akan menghebahkan kepada yang lain bahawa ayam tersebut telah berjaya mengeluarkan telur.

Air surut memungut bayam,

Sayur diisi di dalam kuntung,

Jangan diikut rasmi ayam,

Bertelur sebiji riuh sekampung.

(e)       Ayat majmuk

            Ayat majmuk (1993:552) atau compound sentence adalah ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal.  Turut dikenali sebagai ayat kompleks.  Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan, ayat majmuk campuran.  Ayat majmuk gabungan yang dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, atau, tetap, serta, dan sebagainya.  Ayat majmuk pancangan pula menggunakan kata hubung seperti yang (relatif) dan bahawa (komplemen).  Ayat majmuk pancangan keterangan pula bergantung kepada jenis ayat keterangan iaitu musabab, akibat, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, tujuan, dan perbandingan.  Analisis pantun untuk  melihat ayat majmuk dalam pantun adalah berdasarkan pantun berikut:

Nyiur gading puncak mahligai,

Buat ketupat berisi inti,

Hancur daging tulang berkecai,

Belum dapat belum berhenti.

            Ayat majmuk dalam pantun ini adalah baris kedua, ketiga dan keempat.  Baris pertama pantun sepatutnya mempunyai kata sendi di tetapi digugurkan.

                                                            A

 

 

                                    FN                                                       FSN

 

                        INT                  INT                  KSN                            FN

                        nyiur          gading                    di                   INT                  INT

                                                                          Ø                   puncak            mahligai

Baris kedua pantun adalah ayat majmuk pancangan relatif yang telah digugurkan subjek ayat, kata hubung pancangan relatifnya, imbuhan kata kerja dan imbuhan kata adjektif.  Ayat ini telah mengalami transformasi seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:

                                                                        A

 

 

                                    FN                                                       FK      

 

 

                                    orang          KK           OBJ                KH                   FA

 

                                                membuat       ketupat       yang        KA                   PEL

                                               

                                       Ø      mem- = Ø                              Ø     berisi                  inti

 

 

Baris ketiga pantun adalah ayat majmuk gabungan.  Kata hubung lalu  telah digugurkan.  Susunan ayat majmuk yang sepatutnya adalah: dia menghancurkan daging lalu tulang berkecai.  Pengguguran berlaku pada subjek ayat, imbuhan kata kerja dan  kata hubung gabungan lalu. Binaan dalaman ayat adalah seperti berikut:

                                                                        A

 

 

                                    FN                                                                   FK

 

                                 dia                     

                                                            FK                       KH                           FN

                                   Ø

 

                                          KK                OBJ                KN                            PENE

 

 

                                    menghancurkan        daging    lalu     tulang                 berkecai

 

                                            Ø                              Ø

 

Catatan:


A         =          ayat

FN       =          frasa nama

FK       =          frasa kerja

FA       =          frasa adjektif

FSN    =          frasa sendi nama

KK       =          kata kerja

KSN    =          kata sendi nama

PENE =          penerang

INT      =          inti

KET    =          keterangan

Ø         =          penguguran


 

 

 

3.2.3   KETENUNAN

            Analisis pantun dengan melihat kepada ketenunan sesebuah pantun merujuk kepada keutuhan dan jalinan idea laras pantun sebagai sebuah teks.  Unsur-unsur pemerian yang ada dalam laras pantun adalah saling berkait antara satu ayat dengan ayat yang seterusnya.  Jalinan idea antara ayat-ayat dalam sebuah pantun banyak dilkesan dalam penuturannya.

Nyiur gading puncak mahligai,

Buat ketupat berisi inti,

Hancur daging tulang berkecai,

                        Belum dapat belum berhenti.

            Pantun di atas mempunyai ketenunan yang tinggi dan dapat dilihat pada baris keempat pantun.  Baris keempat pantun mempunyai kesinambungan dengan baris ketiga pantun.  Perkaitan dapat dilihat dengan meletakkan perlakuan belum dapat itu sebagai tindakan untuk belum dapat menghancurkan daging dan tidak akan berhenti selagi tidak berjaya menghancurkan daging dan juga membuatkan tulang berkecai.  Apabila disusun semula, ayat yang terhasil adalah: selagi belum dapat menghancurkan daging, selagi itulah belum berhenti  menghancurkan daging.  Penutur pantun ini hanya menuturkan belum dapat, belum berhenti, sebagai menunjukkan usaha si penghancur daging untuk menghancurkan daging dan membuatkan tulang berkecai.  Predikat ayat: menghancurkan daging  digugurkan dalam pantun ini.

Air surut memungut bayam,

Sayur diisi di dalam kuntung,

Jangan diikut rasmi ayam,

Bertelur sebiji riuh sekampung.

            Pantun tersebut menunjukkan unsur ketenunan yang tinggi.  Perkaitan dua baris pembayang pantun adalah bermula dengan kisah apabila air surut, aktiviti memungut sayur bayampun dimulakan.  Pada baris kedua pantun, sayur bayam yang telah dipungut diisi di dalam kuntung.  Kuntung adalah bekas anyaman untuk menyimpan sayur.  Pada pembayang maksud, diceritakan perihal sikap ayam terutamanya ayam betina.  Pendengar dapat mengetahui bahawa ayam yang dimaksudkan dalam baris ketiga pantun adalah ayam betina berdasarkan baris keempat pantun.  Subjek pada ayat baris keempat pantun digugurkan tetapi pendengar dapat mengesan bahawa ayam adalah subjek ayat.  Kata kerja bertelur telah memperlihatkan pertautan antara perlakuan ayam betina yang bertelur dan membuat bunyi kokokan yang bising apabila selesai mengeluarkan telur.  Pantun ini telah mengaitkan perlakuan manusia seperti ayam betina baru bertelur sebiji, riuh sekampung mengetahuinya.

3.2.4   KEINDAHAN

            Analisis pantun dengan melihat kepada keindahan sebuah laras pantun.  Unsur-unsur estetika yang ada dalam laras pantun adalah tinggi dan keindahannya dilihat kepada perkaitan pantun dengan seni dan budaya Melayu.  Sebagai sebuat tradisi lisan yang dipelihara, pantun mempunyai keindahan yang membawa nilai-silai sosial anggota masyarakat.

            Penyampaian pantun (1996:93) yang menyatakan kehalusan dan lemah lembut budi boleh digambarkan dalam pantun berikut:

Rosak pandan kerana padi,

Rosak padi kerana bunganya,

Rosak badan kerana budi,

Rosak budi kerana orangnya.

Tuailah padi diantara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Intailah kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

 

            Susunan intonasi dalam penyampaian pantun ini bersesuaian dengan nilai-nilai keindahan dalam budaya Melayu.  Seperti yang kita maklum, orang Melayu selalu menekankan tentang sopan-santun, tatasusila, dan budi bahasa perlakuan, termasuk tutur kata.  Penyusunan struktur pantun yang disampaikan dengan intonasinya menyatakan nilai-nilai sosial itu.

            Daya kreativiti pencipta pantun dalam menghasilkan pantun yang menarik adalah dengan melihat kepada susunan baitnya.  Ada pantun yang mempunyai dua bait, empat bait atau lebih panjang lagi.  Dalam tugasan ini, semua contoh yang diberikan adalah pantun empat bait.

            Unsur-unsur keindahan merupakan suatu gaya yang menarik dan menggambarkan kecekapan anggota masyarakat dalam melahirkan buah fikiran yang padat, bernas, serta logik dalam bentuk ungkapan-ungkapan yang pendek serta padat.

 

 

 

 

 

 

 

 

4.0       RUMUSAN

            Secara keseluruhannya, laras pantun adalah satu tradisi lisan yang mempunyai pelbagai fungsi dan peranan sama ada sebagai hiburan, upacara atau adat, meluahkan perasaan, nasihat ataupun fungsi lain.  Laras pantun biasanya tidak menekankan gaya bahasa yang betul dalam ayatnya.  Amnya berlaku penguguran unsur-unsur tertentu seperti subjek ayat, predikat ayat, kata imbuhan, dan juga penyongsangan susunan ayat.

            Analisis berdasarkan Teori Ure dan Ellis ini telah melihat laras pantun secara mendalam dengan melihat kepada ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik laras pantun.  Semua aspek yang diperkatakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 dikaitkan dengan pantun yang dipilih seperti yang disenaraikan dalam lampiran.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ab. Razak Ab. Karim, 2002. Aspek Penggunaan Bahasa Dalam Warkah-warkah Melayu Lama:Satu Kajian. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.

 

________, 2008. Kepelbagaian Laras Bahasa Melayu.  Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.

 

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Dewan Bahasa dan Pustaka; Kuala Lumpur.

 

Kamus Linguistik, 1997. Dewan Bahasa dan Pustaka; Kuala Lumpur.

 

Mohd Taib Osman,1996. “Pantun Sebagai Pencerminan Minda Melayu”. Dlm. Pantun: Manifestasi Minda Masyarakat, selanggaraan oleh Wan Abdul Kadir Wan Yusoff. Akademi Pengajian Melayu; Kuala Lumpur. Hlm. 1-14.

 

Nik Safiah Karim, “Beberapa Aspek Bahasa Dalam Hikayat Raja Pasai” dlm. Wacana Budaya. Hashim Awang, Othman Yatim, dan Nor Azita Che Din (ed.). 2006. Akademi Pengajian Melayu; Kuala Lumpur. Hlm. 266-281.

 

Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 2004.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

 

 

PANTUN PILIHAN

 

 (1)      Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kita bersama mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.(hlm.21)

 

(2)       Puas saya bertanam ubi,

Nanas juga dipandang orang,

Puas saya menabur budi,

Emas juga dipandang orang.(hlm.21)

 

(3)       Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di atas peti,

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.(hlm.22)

 

(4)       Di antara padi dengan selasih,

Yang mana satu tuan lurutkan?

Di antara budi dengan kasih,

Yang mana satu tuan turutkan?(hlm.23)

 

(5)       Tuailah padi diantara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Intailah kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan. (hlm.24)

 

(6)       Air surut memungut bayam,

Sayur diisi di dalam kuntung,

Jangan diikut rasmi ayam,

Bertelur sebiji riuh sekampung. (hlm.24)

 

(7)       Bongkar sauh kembangkan layar,

Orang berjudi di dewan sikat,

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi hati terikat. (hlm.41)

 

(8)       Nyiur gading puncak mahligai,

Buat ketupat berisi inti,

Hancur daging tulang berkecai,

Belum dapat belum berhenti.(hlm.101)

 

(9)       Buat ketupat bertali-tali,

Mana tergantung sudah berisi,

Tak tengok tempat mau berbudi,

Sangkakan untung berjumpa rugi. (hlm.43)

(10)     Tangkal dijemur pukat disirat,

            Tali jala diramu-ramu,

Tuan di timur hamba di barat,

Bila gerangan dapat bertemu. (hlm. 24)

 

(11)     Nasi lemak buah bidara,

Sayang selasih saya lurutkan,

Buang emak buang saudara,

Sebab kasih saya turutkan.(hlm.101)

 

(12)     Rosak pandan kerana padi,

Rosak padi kerana bunganya,

Rosak badan kerana budi,

Rosak budi kerana orangnya.(hlm. 44)

 

 

Dipetik dari buku;

Wan Abdul Kadir Wan Yusof, 1996.  Pantun: Manifestasi Minda Masyarakat. Akademi Pengajian Melayu; Kuala Lumpur.

 


[1] Bermaksud kata yang jarang dipakai, penggunaan yang terbatas kepada satu daerah atau lingkungan sahaja dan kata yang telah kuno atau mati (2005:l).